Hyper Knife merupakan Kdrama perubatan terbaru dari Korea Selatan yang menampilkan persaingan sengit antara dua doktor genius. Namun, di saat mereka berada di titik paling rendah, takdir mempertemukan mereka semula dalam perjuangan yang lebih besar.
Kdrama ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat yang sudah lama mencipta nama dalam industri hiburan Korea, antaranya Sul Kyung Gu, Park Eun Bin, Park Byung Eun, dan Yoon Chan Young.
Sebelum Hyper Knife bersiaran, jom tonton lakonan hebat mereka dalam 10 Kdrama berikut yang telah mencuri perhatian ramai!
1. Sul Kyung Gu dalam The Whirlwind (2024)
Drama Netflix pertama yang menampilkan Sul Kyung Gu sebagai teraju utama bersama Kim Hee Ae.
2. Park Eun Bin dalam Hot Stove League (2019)
Namanya semakin dikenali selepas membawa watak sebagai pengurus pasukan besbol Dream dalam drama ini.
3. Park Eun Bin dalam Do You Like Brahms? (2020)
Drama romantik yang menampilkan Park Eun Bin bersama Kim Min Jae, Kim Sung Cheol, dan Park Ji Hyun.
4. Park Eun Bin dalam The King’s Affection (2021)
Membawa watak sebagai Raja Joseon yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang wanita dalam drama sejarah ini.
5. Park Eun Bin dalam Extraordinary Attorney Woo (2022)
Salah satu drama paling popular yang menampilkan Park Eun Bin sebagai seorang peguam genius yang berdepan dengan cabaran dunia guaman.
6. Park Eun Bin dalam Castaway Diva (2023)
Drama yang mengisahkan perjalanan seorang gadis menuju impiannya sebagai penyanyi terkenal, bergandingan dengan Chae Jong Hyeop, Kim Hyo Jin, dan Cha Hak Yeon.
7. Park Byung Eun dalam Eve (2022)
Membawakan watak lelaki yang terperangkap dalam permainan dendam Seo Ye Ji terhadap Yoo Sun dalam kisah penuh intrik dan skandal ini.
8. Park Byung Eun dalam The Bequeathed (2024)
Menjadi seorang detektif polis yang mengalami kecacatan akibat perbuatan seorang anak kepada Park Hee Soon.
9. Yoon Chan Young dalam All of Us Are Dead (2022)
Bekas pelakon kanak-kanak ini muncul sebagai watak utama dalam siri seram apokalips zombi Netflix yang mendapat sambutan hangat.
10. Yoon Chan Young dalam Delivery Man (2023)
Membawa watak sebagai seorang pemandu teksi yang hanya menerima penumpang dari dunia ghaib, hantu yang memerlukan bantuannya.
Sebelum menyaksikan lakonan hebat Sul Kyung Gu, Park Eun Bin, Park Byung Eun, dan Yoon Chan Young dalam Hyper Knife, apa kata tonton dahulu 10 Kdrama ini? Jom tambahkan ke dalam senarai tontonan anda!