Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 5 KDrama Perubatan Korea Paling Popular & Mencatat rating Tinggi

5 KDrama Perubatan Korea Paling Popular & Mencatat rating Tinggi

0

Setuju tak kalau Kdrama bertemakan perubatan sentiasa berjaya menarik perhatian? Dari pembedahan kecemasan hingga rawatan penyakit jarang ditemui, setiap kisah yang dipaparkan penuh dengan debaran.

Tambahan pula, banyak jalan cerita yang diilhamkan daripada kejadian sebenar, membuatkan penonton lebih berhubung dengan perjuangan para doktor dan petugas perubatan.

Jadi, jika anda masih bertatih dalam dunia KDrama dan minat drama bertemakan dunia perubatan, dibawah ini adalah lima cadangan KDrama paling popular dan rating tinggi di #Netflix dan #Viu yang harus anda tonton!

1. Dr. Romantic (2016)

Kdrama perubatan

Dr. Romantic mengisahkan kehidupan para doktor di Hospital Doldam, sebuah hospital kecil di Korea Selatan.

Boo Yong Joo, atau lebih dikenali sebagai Kim Sa Bu (Han Suk Kyu), merupakan seorang pakar bedah genius yang memilih untuk mengasingkan diri di luar bandar selepas kejadian tragis memusnahkan kerjayanya di hospital ternama di Seoul.

Di sana, beliau menjadi mentor kepada doktor muda yang masih kurang pengalaman, termasuk Kang Dong Joo (Yoo Yeon Seok), yang pada mulanya lebih mementingkan kejayaan diri, dan Yoon Seo Jung (Seo Hyun Jin), seorang doktor yang berusaha menebus kesilapan silam.

Kim Sa Bu mengajar mereka bahawa menjadi seorang doktor bukan hanya tentang kemahiran perubatan, tetapi juga mengenai empati dan kejujuran. Dalam menghadapi pelbagai cabaran, mereka belajar untuk merawat pesakit dengan hati yang tulus dan menentang korupsi dalam sistem perubatan.

Drama ini memaparkan gabungan kisah perubatan yang mendebarkan serta perkembangan watak yang menyentuh emosi, menjadikannya tontonan yang berinspirasi.

Rating: 8.7/10 di MyDramaList

Tonton Musim 1 & 2 di: Viu

 


2. Partners for Justice (2018)

Kdrama

Kdrama ini mengisahkan kerjasama yang tidak dijangka antara Baek Beom (Jung Jae Young), seorang pakar forensik yang tegas dan penuh misteri, dengan Eun Sol (Jung Yu Mi), seorang pendakwa raya muda yang bersemangat dan berhati mulia.

Meskipun berbeza perwatakan, mereka berganding bahu untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang penuh teka-teki. Kecekapan Baek Beom dalam bidang forensik, digabungkan dengan kepekaan dan keteguhan hati Eun Sol, menjadikan mereka pasukan yang hebat dalam membongkar kebenaran.

Kdrama ini berjaya menggabungkan elemen thriller, misteri, dan perubatan dengan jalan cerita yang mendebarkan serta kejutan yang tidak disangka-sangka.

Rating: 8.4/10 di MyDramaList

Tonton di: Netflix

Baca lagi: 5 Drama Korea Thriller Perubatan Paling Mendebarkan, Menyingkap Sisi Gelap Dunia Perubatan


3. Doctor John (2019)

14ea28f3 f403 4a2e 8500 1b783d906fe7

Doctor John mengisahkan Cha Yo Han (Ji Sung), seorang pakar anestesiologi yang digelar “10 Saat” kerana keupayaannya membuat diagnosis hanya dalam beberapa saat.

Namun, di sebalik kejeniusannya, Yo Han mempunyai masa lalu yang kelam selepas dipenjarakan selama tiga tahun kerana melakukan euthanasia terhadap pesakit yang menghidap penyakit terminal.

Di sisi lain, Kang Shi Young (Lee Se Young), seorang doktor pelatih dalam bidang anestesiologi, berusaha mengembalikan keyakinannya selepas kehilangan ayah tercinta.

Hubungan profesional antara Yo Han yang bersifat dingin dan Shi Young yang penuh empati menjadikan mereka pasangan unik dalam menangani pesakit dengan kes-kes yang mencabar.

Rating: 8.5/10 di MyDramaList

Tonton di: Viu


4. Hospital Playlist (2020)

fea6cb8a 72c2 4cf2 bdd3 24a1f68b3e2b

Antara Kdrama perubatan Korea yang paling popular, Hospital Playlist mengangkat kisah lima sahabat yang sudah berkawan sejak zaman universiti dan kini bekerja sebagai doktor di Hospital Yulje.

Mereka ialah Lee Ik Jun (Jo Jung Suk), seorang profesor bedah umum yang ceria; Ahn Jeong Won (Yoo Yeon Seok), pakar bedah pediatrik yang berpegang teguh pada kepercayaan agamanya; Kim Jun Wan (Jung Kyung Ho), pakar bedah kardiotorasik yang kelihatan dingin tetapi setia; Yang Seok Hyeong (Kim Dae Myung), pakar sakit puan yang penyayang; dan Chae Song Hwa (Jeon Mi Do), pakar bedah saraf yang cemerlang dan bersifat keibuan.

Setiap episod menggambarkan kehidupan harian mereka sebagai doktor serta hubungan persahabatan yang erat, diselitkan dengan unsur humor, muzik, dan kisah cinta.

Dengan gabungan emosi yang menyentuh dan naratif yang santai tetapi bermakna, Kdrama ini menjadi kegemaran ramai.

Rating: 9.1/10 di MyDramaList

Tonton di: Netflix

Baca juga: 6 Fakta Menarik Drama Thriller Perubatan “Hyper Knife”, Park Eun Bin Sebagai Doktor Psikopat


5. The Trauma Code: Heroes on Call (2025)

e7ffd769 7383 41cf 8f58 796c4d800ca6

KDrama yang sangat trending ini mula ditayangkan pada 24 Januari dan terus menduduki carta nombor satu di Netflix!

The Trauma Code: Heroes on Call mengisahkan Dr. Baek Kang Hyuk (Ju Ji Hoon), seorang pakar bedah trauma yang dihantar ke Hospital Universiti Nasional Hankuk untuk memperbaiki pasukan kecemasan yang sedang berdepan krisis.

Ketika tiba, beliau mendapati ramai pesakit meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan akibat sistem yang tidak berkesan. Dengan ketegasan dan kecekapan yang dimilikinya, Kang Hyuk berusaha merombak struktur hospital dan meningkatkan kualiti rawatan kecemasan.

Dalam perjalanannya, beliau bukan sahaja perlu menghadapi cabaran di hospital, tetapi juga misi kemanusiaan ke luar negara bagi menyelamatkan seorang kapten tentera yang cedera parah. Sepanjang usaha ini, ikatan persaudaraan terbina antara beliau dan pasukan perubatannya.

KDrama ini dipenuhi dengan aksi, emosi, dan jalan cerita yang mencengkam, menjadikannya salah satu drama perubatan paling menarik untuk ditonton pada tahun 2025.

Rating: 9.1/10 di MyDramaList

Tonton di: Netflix

Itulah lima Kdrama bertemakan perubatan yang wajib ditonton! Antara kelima-lima ini, yang manakah menjadi pilihan anda?

Baca lagi: “The Blossoming Love”, C-Drama Epik untuk Pencinta Kisah Romantik dan Fantasi
Baca juga: Masa Untuk Binge Watch. Jom Layan KDrama Best Bertemakan Perubatan Ini Di Viu