Rumah mewah yang pernah didiami bekas pasangan selebriti popular Song Joong-ki dan Song Hye-kyo dilaporkan telah dirobohkan baru-baru ini.

7bb17a94 9886 11e9 b82d cb52a89d5dff image hires 120249

Memetik laporan Soompi, perancangan awal untuk merobohkan rumah yang tidak lagi didiami itu sepatutnya dijalankan Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, kerja tersebut tertangguh disebabkan beberapa perkara.

Rumah yang terletak di Itaewon-dong itu dikenali ramai sebagai rumah perkahwinan pasangan ‘Song-Song’.

song song wedding new home 1024x576 1

Pasangan itu membelinya pada harga 12 bilion Won (RM42.12 juta) pada November 2016.

Selepas mereka bercerai pada 22 Julai 2019, Joong-ki dikatakan telah melakukan pengubahsuaian kediaman itu selama setahun.

Baca lagi: Ratu K-Drama Dan 5 Drama Terbaiknya Yang Perlu Anda Tonton song joong ki demolishes house3

Keadaan itu membuatkan penduduk setempat memprotes mengenai kerja-kerja ubah suai yang menyebabkan gangguan bunyi bising.

Dikatakan, harga pasaran tanah di kediaman berkenaan telah melonjak sebanyak 54.6 peratus kepada 7.25 bilion won (RM25.4 juta) berbanding ketika pelakon itu membelinya.

Song Song Couple 1

Untuk rekod, pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata itu bersetuju membawa haluan hidup masing-masing selepas dikatakan tiada persefakatan dalam hubungan sebagai suami isteri.

Sumber: Kosmo!

Previous article3 Pelakon Ini Dikritik ‘Lakonan Tanpa Emosi’ Selepas Melakukan Pembedahan Plastik
Next articlePelakon Terkenal Thailand, Yorch Akan Debut Di Bawah Naungan Big Hit Music