Home Entertainment Pelakon Terkenal Thailand, Yorch Akan Debut Di Bawah Naungan Big Hit Music

Pelakon Terkenal Thailand, Yorch Akan Debut Di Bawah Naungan Big Hit Music

0

Pada 22 Februari, saluran YouTube Trainee A telah mendedahkan Vlog pelakon terkenal Thailand Yorch Yongsin yang menunjukkan aktiviti hariannya sebagai pelatih K-Pop di Big Hit Music.

meet trainee a member yorch yongsin cover image

Awal tahun ini, pada 20 Januari, agensi itu mendedahkan ahli ketujuh dan yang terakhir merupakan seorang pelakon terkenal Thailand, Yorch Yongsin.

Dia sudah mendapat populariti sejak berusia 10 tahun lagi menerusi lakonannya di Thailand dan kini dia telah mendapat perhatian peminat dengan ketampanannya.

82436813 1636389236525268 606349167723282432 n

Dalam video yang didedahkan pada 22 Februari lalu, Yorch akan menjadi anggota yang paling tua dalam kumpulan itu dan telah menunjukkan chemistry yang comel antara ahli yang lain.

Dalam video tersebut juga, Yorch turut menunjukkan apa yang dilakukannya setiap hari. Selepas bangun tidur, dia akan menghabiskan masanya belajar bahasa Korea dan berlatih.

YORCH YONGSINN 758x541 1

Yorch juga secara ringkas berkongsi perasaannya terhadap ahlinya, berkata, “Saya sangat berterima kasih kepada kumpulan saya. Mereka semua baik hati dan mereka menjaga saya dengan baik kerana saya tidak pandai bahasa Korea.

1642651408 20220119 yorch

Walaupun berlatih hingga larut malam meletihkan, saya gembira kita melakukannya bersama. Saya rasa mereka adalah keluarga Korea saya.”

Sumber: allkpop