Home Kdrama/Kmovie 3 Pelakon Ini Dikritik ‘Lakonan Tanpa Emosi’ Selepas Melakukan Pembedahan Plastik

3 Pelakon Ini Dikritik ‘Lakonan Tanpa Emosi’ Selepas Melakukan Pembedahan Plastik

0

Dalam dunia yang sengit dan berdaya saing seperti industri filem Korea, ramai pelakon wanita Korea memutuskan untuk menjalani pembedahan plastik untuk menjadi lebih cantik.korean actress

Walau bagaimanapun, tiga selebriti ini telah mendapat sebaliknya, wajah yang cantik tanpa ekspresi muka.

1. Yoon Eun Hye

Yoon Eun Hye pernah digelar sebagai pelakon “cinta pertama” selepas muncul dalam drama hit berturut-turut, “Goong (Princess Hours)” dan “Coffee Prince”.

Yoon Eun Hye 230222

Lebih-lebih lagi, kecantikan semula jadinya telah membantunya menjadi salah seorang dewi visual terbaik dalam industri hiburan pada ketika itu.

Bagaimanapun, selepas membuat keputusan untuk melakukan pembedahan plastik, Yoon Eun Hye bukan sahaja kehilangan kecantikan aslinya malah lakonannya juga kelihatan kaku dan janggal.

original 1

Secara khusus, “Love Alert” adalah salah satu lakonan Yoon Eun Hye yang paling dikesali.

2. Im Soo Hyang

Lakonan Im Soo Hyang pernah meninggalkan kesan yang baik kerana lakonannya di dalam drama ‘Graceful Family’, tetapi itu sebelum dia mengambil watak utama dalam My ID Is Gangnam Beauty.

maxresdefault

Lakonan Im Soo Hyang di dalam drama rom-com itu telah mendapat komen yang bercampur- baur kerana ekspresinya yang kaku.

Im Soo Hyang 230222

Ramai penonton beranggapan riak wajahnya tidak lagi natural kerana dia telah menjalani pembedahan plastik sama seperti wataknya dalam ‘My ID Is Gangnam Beauty’.

3. Lee Da Hae

Lee Da Hae ialah contoh tipikal bintang wanita Korea yang menunjukkan wajah baharu setiap kali mereka muncul di kaca TV.

Lee Da Hae 640

Bermula tahun 2014, mukanya seringkali kelihatan bengkak dan kaku kesan daripada pembedahan plastik.

Perkara ini turut menjejaskan lakonannya. Dalam ‘The Good Witch’, walaupun dia memainkan dua watak dengan personaliti yang berbeza, ekspresi Lee Da Hae dikatakan kelihatan sama.

Baca lagi: Ratu K-Drama Dan 5 Drama Terbaiknya Yang Perlu Anda Tonton

Baca lagi: Giliran Jae Suk Pula Diserang Netizen China

Lee Da Hae 2302221

Sebelum ini, Lee Da Hae pernah mencapai banyak kejayaan di Korea dengan peranannya dalam My Girl, Hotel King, Chuno, dll., tetapi selepas dia mula menumpukan kerjayanya di China, popularitinya di Korea semakin merosot.

Baru-baru ini, Lee Da Hae dan teman lelakinya, Se7en telah membuat penampilan di sebuah rancangan realiti sebagai pasangan di MBC’s Point of Omniscient Interference.

Sumber: KBizoom