Home Travel Restoran Kanada Dalam Drama ‘Goblin’ Ini Rupanya Ada Di Korea

Restoran Kanada Dalam Drama ‘Goblin’ Ini Rupanya Ada Di Korea

0

Walaupun telah lama tamat, penulis percaya siri drama Korea ‘Goblin’ ini masih mendapat tempat di hati para peminatnya.

Selain Korea, drama rating tinggi ini turut berlatarkan sebuah kota kecil di Kanada bernama Quebec.

Namun salah satu lokasi yang menarik perhatian penonton adalah sebuah restoran bercirikan Barat yang beberapa kali muncul dalam drama lakonan Gong Yoo dan Kim Go Eun itu semasa adegan di Kanada.

C42BpBRUYAA2deB

Ternyata restoran itu bukanlah terletak di Kanada, sebaliknya di Korea Selatan sendiri tepatnya di Paju, Wilayah Gyeonggi, kira-kira 37 minit dari Seoul.

Bahkan orang Korea sendiri pun terkejut bila tahu fakta tersebut dan mula serbu kafe bernama ZINO itu.

Pemiliknya menggambarkan kafe tersebut sebagai binaan eksotik yang mirip seperti British Museum di London.

Dikelilingi alam semula jadi dan bangunan, nuansa Inggeris di Kafe ZINO ini dihidupkan lagi dengan grand piano, lukisan-lukisan antik dan perabot gaya Eropah yang membuatkan pengunjung berasa seperti bukan berada di Korea.

Antara menu yang dihidangkan di sana adalah sandwich, pizza, coklat dan kopi.

Sumber: [1],[2]