Connect with us

Drama

Tim Produksi Rayu Penonton Berhenti Serbu Rumah ‘Hometown Cha-Cha-Cha’

Penangan drama Hometown Cha-Cha-Cha yang dibintangi Kim Seon-ho dan Shin Min-a ini sungguh berbisa sehingga lokasi penggambarannya turut mendapat tempias populariti drama berkenaan.

Namun hal ini mengundang masalah lain pula sehinggakan penerbit tvN ‘Hometown Cha-Cha-Cha’ mengeluarkan notis kenyataan untuk meminta penonton berhenti mengunjungi beberapa rumah yang digunakan dalam drama terbabit.

Ini kerana, kediaman watak yang dilihat dalam drama itu adalah milik orang sebenar dan mereka enggan privasi pemilik rumah berkenaan diganggu.

Kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh tvN adalah seperti berikut:

“Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih buat penonton atas sokongan tidak terhingga kepada kami dan kami ingin membuat satu permintaan berhubung lawatan ke lokasi penggambaran kami.

“Rumah Hye Jin, Doo Shik, Gam Ri dan Cho Hee dalam drama itu sekadar disewa untuk tujuan penggambaran. Pemiliknya masih lagi menduduki rumah itu.

“Mereka membantu kami untuk drama itu dengan niat baik. Namun, kini bergelut dengan kesulitan kerana gangguan daripada pelawat setiap hari,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, mereka lebih berbesar hati sekiranya pelawat berkunjung ke lokasi lain yang dipaparkan dalam drama itu.

Mereka juga berharap penonton elakkan daripada ‘menceroboh’ rumah yang dimaksudkan kerana mahu menghormati kehidupan peribadi pemiliknya.

“Kami mohon sangat agar anda tidak cuba memasuki rumah-rumah itu. Selepas diberi kelonggaran, anda masih boleh melawat lokasi lain.

“Patung sotong di Cheongha Market masih akan terus diletakkan di bandar Pohang. Bot di Sabang Memorial Park juga akan masih berada di sana selepas penggambaran tamat nanti,” katanya.

Sumber: [1], [2]

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2021 DaebaKing Media Sdn Bhd