Connect with us

Drama

Merah Atau Biru? Pengarah Pecahkan Misteri Tentang Teori Permainan Ddakji Dalam ‘Squid Game’

Demam ‘Squid Game’ masih belum surut dan para penonton masih berteka-teki mengenai teori tentang pemilihan pekerja dan pemain untuk permainan tersebut.

Menurut laporan portal Koreaboo, pengarah siri tersebut, Hwang Dong Hyuk akhirnya menjawab persoalan para peminat.

Termasuklah tentang peranan Gong Yoo, salesman yang menentang Seong Gi Hun lakonan Lee Jung Jae dalam permainan tradisional korea, ddakji yang dimainkan menggunakan jubin kertas terlipat.

Cara bermain ddakji adalah dengan meletakkan kertas berlipat di tanah dan cuba balikkan dengan melemparkan kertas lipat lain. Dalam Squid Game, ddakji yang dimainkan ada dua warna iaitu merah dan biru. Lalu Seong Gi Hun pun memilih warna biru.

“Saya tahu ada banyak teori tentang Salesman,” kata Hwang Dong Hyuk.

“Para penonton nampaknya lebih kreatif daripada saya,” sambungnya lagi.

Hwang Dong Hyuk teruskan penjelasannya di mana semasa tulis plot cerita itu, dia memutuskan yang Salesman itu adalah bekas staff ‘Squid Game’ yang dah dapat kepercayaan daripada pembuat game tersebut, Oh Il Nam (Oh Yeong Su).

Manakala warna merah dan biru dalam permainan ddakji itu pula berasal daripada cerita legenda urban tentang hantu toilet yang menawarkan tisu berwarna merah atau biru. Dalam beberapa versi, orang tersebut dicekik jika memilih biru atau ditikam jika memilih merah. Pengakhirannya tetap tragis.

Dengan cara itu, merah dan biru adalah pilihan sesuai untuk permainan ddakji dalam menentukan apakah ia akan menjadi pekerja atau pemain dalam permainan sadis tersebut.

Sumber: [1], [2]

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2021 DaebaKing Media Sdn Bhd