Jangan baca masa malam tau!

1. Hantu Perawan

Cheonyeo Gwishin merupakan urban legend yang biasa didengari di Korea Selatan. Hantu wanita ini digambarkan mempunyai rambut panjang menutupi wajahnya dan berpakaian tradisional Korea.

Diceritakan bahawa semasa hayatnya, ia tak kahwin-kahwin dan oleh itu ia menjadi hantu kacau pengantin baru. Bila ia ada di belakang, rasa seram sejuk dan suhu turun seperti pasang aircon.

2. Lelaki hensem di dalam lif

Seorang gadis muda naik lif sendirian di bangunan pangsapuri sebelum ting! Pintu lif terbuka dan masuk seorang pemuda tampan. Mereka berbual sejenak dan rupa-rupanya jiran satu tingkat sahaja.

Ketika lif sampai ke floor lelaki tersebut, dia menoleh ke arah gadis itu bersama senyuman aneh dan creepy seraya berkata, “Jumpa lagi.” Di tangannya ada pisau dan berlari keluar sambil tertawa seperti orang gila.

Ketakutan mula menyerbu wanita tersebut, tekan-tekan butang lain tapi tak dapat. Dahlah butang kecemasan tak ada. Perhentian seterusnya adalah tingkat rumahnya dan dia tahu kematian sedang menunggunya saat pintu terbuka nampak lelaki psiko itu.

3. Tandas berpuaka

Menurut legenda, kalau anda mengunjungi tandas awam dan mencangkung untuk uruskan ‘bisnes’, keluar kepala wanita dari mangkuk tandas sambil tersenyum dan menghulurkan tisu dua warna.

Lalu ia suruh anda pilih nak warna biru ke merah? Kalau biru, ia akan melemaskan anda sampai biru muka, kalau merah pula ia kerat sampai terpancut darah merah.

4. Produk kecantikan biji bijan

Orang Korea boleh dikatakan obses dengan kecantikan, termasuk seorang gadis yang memutuskan untuk berendam dalam tab mandi yang penuh dengan biji bijan sebagai petua kecantikan.

Berjam-jam dia mandi sampai ibunya yang risau buka pintu dan nyaris histeria bila tengok puterinya cuba keluarkan biji-biji bijan yang tersekat di liang-liang kulit itu guna pencungkil gigi. Bayangan kulit manusia berlubang ni memang seram.

5. Si pelitup muka warna merah

“Saya cantik tak?” tanya seorang wanita misteri yang memakai pelitup muka warna merah kepada orang yang berjalan sendirian pada waktu malam.

Jika jawab ‘Ya’, wanita itu akan menanggalkan topeng, menampakkan mulutnya yang robek.

Kalau balas ‘Tidak’, nyawa pula bakal direntap. Jawab ya salah, jawab tidak pun salah.

Kisahnya seorang wanita cantik ini pergi buat pembedahan kosmetik untuk jadi lagi cantik. Selepas surgeri, dia jerit tengok cermin sebab mulutnya koyak sampai ke telinga.

Lantas dia tutup mulutnya dengan pelitup muka merah. Sejak itu, dikatakan ia berkeliaran tanya orang cantik ke tak. Kisah urban legend ini mirip dengan hantu Jepun iaitu Kuchisake-onna.

 

Sumber: Scoopwhoop, Talk Talk Korea

 

FOLLOW dan LIKE DaebaKing di Facebook dan Instagram

Previous articleHaenyeo: ‘Duyung’ Terakhir di Pulau Jeju
Next articleBaju Yang Jin BTS Pakai Habis Dijual Sebab Permintaan Tinggi Sangat