Selagi ada nama dan muka Jin BTS, apa-apa jenis produk termasuk aksesori dan pakaian habis dijual dalam masa beberapa saat menurut laporan portal AllKpop.

Louis Vuitton mengambil peluang untuk lancarkan jualan beg lobak merah yang pernah dipegang Jin BTS setelah menerima begitu banyak permintaan. Minyak wangi yang ada namanya juga tersenarai dalam Top 50 Best Seller untuk Sephora di Perancis.

Terkini jenama fesyen “Ordinary people” memuat naik di Instagram mengatakan baju yang Jin BTS pakai semasa siaran langsung turut habis dijual dan mereka sering mendapat permintaan untuk restock sebab terlajak laku.

Sumber: AllKpop

Previous article5 Cerita Urban Legend Korea Yang Meremang Bulu Roma
Next articleNamgoong Min Buru Pengkhianat Dalam Drama Terbaru ‘The Veil’