Home Kdrama/Kmovie Namgoong Min Buru Pengkhianat Dalam Drama Terbaru ‘The Veil’

Namgoong Min Buru Pengkhianat Dalam Drama Terbaru ‘The Veil’

0

Namgoong Min membintangi drama aksi blockbuster terbaru ‘The Veil’. Drama yang digarap oleh MBC ini menceritakan tentang agen elit paling legend di NIS (National Intelligence Service).

Kerana rekod dan kemahirannya yang hebat dalam menyelesaikan misi, Han Ji Hyuk (Namgoong Min) adalah ejen top yang disanjung tinggi oleh rakan-rakannya.

The Veil

Namun, ketika dia hampir berjaya menumpaskan sindiket jenayah terancang, tiba-tiba jejak Han Ji Hyuk seolah-olah lenyap dari muka bumi.

Setelah ingatannya pulih dan menghilangkan diri selama setahun, dia kembali ke organisasi itu untuk mencari pengkhianat yang bertanggungjawab menjatuhkannya.

Pada 14 Ogos, MBC melancarkan poster utama untuk drama yang sangat dinanti-nantikan ini dan mengumumkan tarikh tayang perdananya pada 17 September.

The Veil1
Via Soompi

Poster baru itu menunjukkan Han Ji Hyuk yang cedera merenung tajam ke arah kamera berlatarkan failnya sendiri, menandakan dia dah “EXPIRED”.

Pandangannya mengisyaratkan tekadnya untuk mencari dan menjatuhkan pengkhianat yang tersembunyi di antara rakan-rakannya, tidak kira betapa bahayanya pencarian itu.

Sementara itu, kapsyen poster itu tertulis, “Ejen yang terhapus, kebenaran yang tersembunyi.”

“The Veil” akan ditayangkan pada 17 September jam 10 malam waktu Korea.

 

Sumber: Soompi