Di Chihuahua, Mexico, ada sebuah butik pengantin bernama La Popular.

Butik ini popular dengan kisah legenda urban La Pascualita atau Little Pascuala, iaitu nama patung mannequin bergaun pengantin yang dipamerkan di tingkap paparan butik tersebut.

la pascualita image 2

Apakah kisah seram di sebalik mannequin itu?

La Pascualita ini muncul buat pertama kali di butik itu pada 25 Mac 1930. Para penduduk tempatan tidak mempercayai bahawa itu patung kerana Pascualita kelihatan sangat ‘real’ seperti manusia sebenar.

Rupa mannequin tersebut turut mirip wajah anak perempuan Pascuala Esparza, pemilik asal butik tersebut yang telah meninggal dunia kerana disengat labah-labah Black Widow pada hari perkahwinannya.

pascualita 1575306528494 1

Ramai orang mengesyaki bahawa mayat anak perempuannya telah diawet menjadi mannequin tersebut walaupun Esparza menafikan khabar angin tersebut. Pakaian mannequin itu ditukarkan dua kali seminggu di sebalik langsir yang tertutup.

Menurut cerita pekerja butik tersebut, hampir setiap malam Pascualita ini dipercayai mengubah posisi kedudukannya apabila tiada orang melihat dan matanya turut tergerak-gerak.

pascualita 1

“Setiap kali saya menghampiri Pascualita, tangan saya mesti berpeluh. Tangannya sangat realistik dan malah boleh nampak urat bersimpul pada kedua-dua belah kakinya. Saya yakin bahawa dia memang orang sebenar.” ujar Sonia Burciaga, salah seorang pekerja butik mengikut laporan OddityCentral.

pascualita hands

Sumber: Oddity Central, Atlasobscura

Previous article5 Babak Filem Ini Nyaris Ragut Nyawa Jackie Chan
Next articleRunning Man Lakar Kejayaan Manis