Home Entertainment Reborn Rich Musim 2 Bakal Digarap?

Reborn Rich Musim 2 Bakal Digarap?

0

Reborn Rich pada tahun lalu menjadi topik hangat di kalangan para peminat drama siri Korea Selatan

 

Drama siri yang diangkat dari sebuah web novel ini memiliki jalan cerita yang membuat semua orang tertanya-tanya di setiap episod. Penampilan karakter yang kuat juga menjadi daya tarikan yang membuatkan para penonton setia menanti siri ini setiap minggu pada waktu tayangannya dulu.

IMG 9394

Kini mula beredar khabar angin bahawa drama siri JTBC yang berjaya menembus rating 26.9 peratus ini bakal dibuat dalam bentuk prekuel pula. Dilaporkan juga bahawa ceritanya akan berkisah sekitar masa lalu pengasas Kumpulan Soonyang iaitu Jin Yang Cheol (Lee Sung-min).

Jom sama-sama kita lihat beberapa maklumat menarik di bawah ini:

1. Tersebar khabar angin bahawa Reborn Rich musim kedua bakal digarap

38087e02 0e37 4c83 9542 c085522c2aadSebuah outlet media melaporkan bahawa salah sebuah syarikat efek visual (VFX) sedang menghubungi pelabur dan produser untuk melakukan pra penerbitan musim kedua drama siri ini. Menurut media, musim kedua drama siri ini akan membawa cerita prekuel tentang masa lalu Jin Yang Cheol selaku pengasas Kumpulan Soonyang.

Berita tersebut terus menjadi perbincangan di kalangan para peminat drama siri ini. Sebab utama adalah kerana karakter Jin Yang Cheol mempunya kesan yang kuat dan sangat disukai oleh ramai peminat. Cerita tentang proses mendirikan Kumpulan Soonyang akan menjadi kisah menarik untuk dibicarakan lebih lanjut nanti.

2. Syarikat produksi Reborn Rich buka mulut

Reborn richSLL selaku pihak yang menerbitkan drama siri Reborn Rich telah membuka mulut tentang khabar ini. Dipetik dari portal Ilgan Sports, SLL menyatakan bahawa mereka sedang memikirkan berbagai-bagai rancangan mengenai musim kedua Reborn Rich. Pihak SLL melanjutkan lagi bahawa belum ada perbincangan khas yang dilakukan berkaitan perkara itu.

Kegembiraan dan keterujaan berkenaan musim terbaru Reborn Rich mula tumbuh di kalangan para peminat seluruh dunia. Walaupun begitu, sayangnya pihak penerbitan belum dapat memberikan jawapan yang diharapkan oleh para peminat setia siri ini. Mereka hanya mengatakan bahawa belum ada perkembangan terkini dari pihak produksi dan pihak lain yang dicapai untuk waktu ini.

3. Karakter Jin Yang Cheol berjaya mencuri perhatian penonton Reborn Rich
2bd9933d 45e1 462c aab4 98e0254e1ef4

Karakter Jin Yang Cheol yang dilakonkan oleh Lee Sung Min mempunyai tempat tersendiri di hati para penonton setia siri Reborn Rich. Perwatakannya yang tegas dan mempunyai kepemimpinan yang kuat membuatkan Jin Yang Cheol berjaya memukau ramai orang.

Pelakon terkenal ini turut berjaya sebagai pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di acara penghargaan Baeksang Arts Awards 2023 yang lalu. Pastinya Lee Sung Min memang layak untuk memenangi anugerah tersebut. Watak Jin Yang Cheol yang dilakonkan olehnya terbukti begitu melekat di ingatan para penonton Reborn Rich.

Syarikat produksi kini masih mendiamkan diri tentang garapan musim kedua yang disebut bakal menjadi prekuel Reborn Rich. Pasti ramai peminat tertunggu-tunggu musim ke dua Reborn Rich, moga menjadi kenyataan hendaknya!

Baca Lagi: Lee Seung Gi Padam Semua Hantaran Instagramnya

Baca Juga: 11 Fakta “Happiness Battle”, Harus Ditonton Bagi Peminat Genre Thriller Misteri