Home Entertainment 5 Kdrama Song Joong Ki Dengan Rating Tertinggi

5 Kdrama Song Joong Ki Dengan Rating Tertinggi

0

Song Joong Ki memang dikenali tidak pernah gagal untuk membawakan semua watak yang diberikan kepadanya

Lakonannya yang luar biasa menjadi salah satu sebab, drama siri yang menampilkan Song Joong Ki, salalu popular dan meraih kejayaan besar.

Berikut ini merupakan lima drama siri dengan rating tertinggi yang pernah dibintangi oleh Song Joong Ki. Jom sama-sama kita lihat senarainya:

1. Descendants of the Sun (2016)

Song Joong Ki

Descendants of the Sun disebut-sebut akan menjadi drama siri legenda, mengingat tingginya populariti drama dan bintang utamanya pada waktu itu. Drama siri yang menemukan Song Joong Ki dengan bekas isterinya iaitu Song Hye Kyo ini adalah salah satu drama siri dengan rating tertinggi.

Diarahkan oleh Lee Eung Bok dan Baek Sang Hoon, Descendants of the Sun berjaya menduduki rating tinggi dengan jumlah 28.6 peratus. Sementara, rating tertingginya adalah 38.8 peratus berjaya diraih pada episod ke-16.

Descendants of the Sun menceritakan tentang kisah kapten Yoo Si Jin (Song Joong Ki) iaitu pegawai tentera pasukan khas angkatan darat Korea Selatan yang mengetuai pasukan Alpha. Hasil lakonan hebat dalam siri tersebut, Song Joong Ki telah berjaya membawa pulang 10 trofi anugerah!

2. Deep Rooted Tree (2011)

e5435706 a1c8 4ce8 9f03 a178c93a51a2Deep Rooted Tree yang ditayangkan pada tahun 2011 menduduki tempat kedua drama siri rating tertinggi yang pernah dibintangi oleh Song Joong Ki. Drama siri dengan genre sageuk inilah yang pertama kali berjaya membawa nama pelakon ini menjadi popular dan dikenali di Asia.

Pada episod ke-24, drama siri ini berjaya meraih rating tertingginya iaitu sebanyak 25.4 peratus dan memiliki rating purata sebanyak 19.4 peratus. Drama siri ini adalah tentang sejarah pembuatan Hangul, Deep Rooted Tree menampilkan Song Joong-ki sebagai versi muda kepada Raja Sejong (Han Suk Kyu).

3. Reborn Rich (2022)

Reborn rich

Drama siri Reborn Rich yang menayangkan episod terakhirnya pada 25 Disember 2022 telah berjaya meraih rating luar biasa iaitu sebanyak 26.9 peratus. Drama siri genre fantasi yang dibintangi oleh Song Joong Ki ini juga memperoleh rating purata yang agak tinggi iaitu sebanyak 17.4 peratus.

Reborn Rich menceritakan tentang wataknya sebagai Yoon Hyun Woo iaitu seorang setia usaha sebuah syarikat keluarga konglomerat. Setelah bangun daripada kematian, dia mendapati dirinya hidup sebagai Jin Do Joon, iaitu anak kepada seorang ahli perniagaan yang kaya raya.

4. The Innocent Man (2012)

d403898d 5de9 40b3 a702 4710bdb3fb7fThe Innocent Man menceritakan tentang Song Joong Ki sebagai Kang Ma Ru iaitu seorang pelajar perubatan yang melepaskan apa sahaja demi menolong kekasihnya. Sedar bahawa dia telah dibuang, dia kemudian membalas dendam dengan cara mendekati anak tiri bekas kekasihnya.

Drama siri romantik KBS ini meraih rating purata 15.3 peratus dan mencapai yang tertinggi pada episod ke-15 di angka 183 peratus. Selain popular di Korea Selatan, drama siri ini juga menarik perhatian penonton antarabangsa. Anda sudah menontonnya?

5. Vincenzo (2021)

38307ab1 09f1 4790 81b5 a57a59166650Kemunculan Song Joong Ki dalam Vincenzo juga pernah menjadi perbualan hangat dan sangat mencuri perhatian. Kehebatannya mendalami watak sebagai penasihat mafia bernama Vincenzo Cassano membuatkan drama siri tersebut meraih kejayaan besar hingga rating tertingginya mencapai angka 14.6 peratus.

Konsisten mempertahankan rating tinggi, drama tvN ini mengumpulkan rating purata sebanyak 10.4 peratus. Dalam drama ini pula gandingan antara Song Joong Ki dengan Jeon Yeo Been sangat serasi dan menjadi.

Jika anda mencari-cari drama siri terbaik lakonan Song Joong Ki, maka jangan lepaskan peluang untuk kelima-lima drama siri yang telah disenaraikan di atas. Pasti tidak akan mengecewakan!

Baca Lagi: Reborn Rich Musim 2 Bakal Digarap?

Baca Juga: Song Joong Ki Disahkan Membintangi Filem Noir Baharu Tanpa Gaji