Home Entertainment Lee Seung Gi Padam Semua Hantaran Instagramnya

Lee Seung Gi Padam Semua Hantaran Instagramnya

0

Instagram Lee Sung Gi dipadam?

Baru-baru ini peminat drama siri Korea Selatan dikejutkan dengan khabar terbaru dari pelakon dan juga merupakan penyanyi Korea Selatan iaitu Lee Seung Gi, anak seni yang dilahirkan pada tahun 1987 ini secara mengejut telah memadam semua hantaran (post) yang ada di laman Instagram peribadi miliknya. Pelakon ini juga turut mengosongkan gambar profilnya di Instagram.

Sebenarnya apa yang terjadi kepada Lee Sung Gi?

Melalui agensi miliknya, Human Made, pelakon ini membongkar sebab di sebalik kejadian ini. Jom sama-sama kita lihat informasi lengkapnya di sini:

1. Lee Seung Gi membuat kejutan dengan mengosongkan lama Instagram miliknya

82e20876 3e0f 4165 b853 75e029fb6174Pada Selasa yang lalu iaitu 30 Mei 2023, Lee Seung-gi mendadak melakukan perubahan besar pada akaun media sosial miliknya. Pelakon utama drama siri The Law Cafe ini telah mengosongkan seluruh hantaran yang ada di Instagram miliknya iaitu @leeseunggi.official.

Berdasarkan laporan dari portal Soompi, para peminat dikejutkan dengan apa yang terjadi kepada laman Instagram milik Lee Seung-gi.
Mereka mendapati bahawa semua hantaran Lee Seung-gi di akaun Instagram peribadinya telah hilang, termasuk gambar profilnya. Pada mulanya para peminat menyangka laman Instagram Lee Seung Gi telah digodam, rupa-rupanya sangkaan mereka meleset.

2. Agensi Human Made buka bicara mengenai perkara ini

21581392 7a01 468b 9bb2 db32dacd1c75Melalui agensi miliknya yang dikenali sebagai Human Made, Lee Seung Gi memberikan penjelasan kepada para peminat dan juga orang ramai. Agensinya mendedahkan alasan mengenai keputusan pelakon ini mengosongkan seluruh hantaran dan gambar profil yang ada di laman Instagram.

Mereka memberikan kenyataan ringkas berkaitan perkara ini, Agensi Human Made memberikan penjelasan supaya gosip mengenai penggodaman media sosial artis mereka tidak menjadi semakin meluas.

“Memang benar bahawa Lee Seung Gi sendiri telah madam semua hantaran [Instagram]. Dia tidak digodam dan tidak ada apa-apa yang terjadi kepadanya, perkara tersebut dilakukan untuk sebuah pembaharuan.”

3. Spekulasi tentang projek istimewa terbaru

Lee seung giSelepas kenyataan rasmi yang dikongsi oleh pihak agensi menyusul, ramai peminat mula berspekulasi tentang sebab-sebab Lee Seung Gi ‘membersihkan’ Instagram miliknya. Perkara ini seperti yang diungkapkan melalui portal Allkpop, para peminat mengesyaki bahawa Lee Seung Gi sedang menyiapkan projek baru yang istimewa, projek tersebut pasti sedang dalam proses pembikinan.

Lebih-lebih lagi kebelakangan ini pelakon terkenal ini kelihatan semakin aktif dalam berbagai-bagai variety show Korea Selatan.
Walaupun tidak terlibat dalam projek filem ataupun drama siri Korea terbaru, kini Lee Seung Gi lebih banyak muncul sebagai pengacara dalam pelbagai program televisyen. Antara program TV tersebut adalah Strong Heart League, Brother Ramyeon, dan Bro and Marble.

Lee Seung Gi juga sedang menyiapkan pelancaran album untuk ulang tahun debutnya yang ke-20. Kita doakan yang baik-baik sahaja semoga perjalanan kariernya berjalan lancar!

Baca Lagi: 11 Fakta “Happiness Battle”, Harus Ditonton Bagi Peminat Genre Thriller Misteri

Baca Juga: Filem “Sympathy for Lady Vengeance” kisah pembalasan dendam Ibu yang dianiaya