Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Queen Mantis, Tindakan Tergesa-gesa Kim Na Hee Huru-harakan Siasatan

Queen Mantis, Tindakan Tergesa-gesa Kim Na Hee Huru-harakan Siasatan

0

Kim Na Hee (Lee El) ialah salah seorang detektif yang membantu Cha Su Yeol (Jang Dong Yoon) dalam menyiasat kes peniru dalam drama Korea popular Queen Mantis.

Walaupun beliau dikenali sebagai seorang yang cekap dan pintar, bakat itu sering disalahgunakannya.

Kim Na Hee kerap bertindak terburu-buru sehingga mengacau bilaukan siasatan Su Yeol. Malah, beliau sering enggan menerima arahan ketuanya hanya kerana terlalu yakin dengan pendapat dirinya sendiri.

Sering bergerak sendirian, inilah tujuh tindakan impulsif Kim Na Hee yang merosakkan pasukan siasatan Cha Su Yeol.

1. Tidak Menghormati Ketua Pasukan

ade99eda ebdd 42cb b473 754b1c85bd13

Sejak awal lagi, Kim Na Hee sudah menunjukkan rasa tidak senang terhadap kedudukan Su Yeol sebagai ketua siasatan kes peniru Belalang Sembah. Hal ini menjejaskan keharmonian dalam pasukan.

2. Enggan Mendengar Arahan

21df9f3f 5d5a 4b64 9c3a f284ba1284cc

Na Hee kerap menolak arahan daripada Su Yeol. Beliau lebih suka mempertahankan pendapat sendiri berbanding mencapai kata sepakat dalam pasukan.

3. Emosi Ketika Interogasi

92509fc5 de17 4b82 b73d 97546b9ccd14

Semasa penangkapan Seo Gu Wan (Lee Tae Gu), Na Hee gagal mengawal emosinya sehingga proses soal siasat terpaksa ditangguhkan.

4. Melepaskan Tahanan Hingga Membawa Padah

035d16c0 2cb6 4875 928d 85ac77811656

Na Hee bertindak membuka gari Gu Wan ketika di hospital. Akibatnya, Seo Gu Wan melarikan diri sebelum terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian.

5. Membunyikan Siren Tanpa Arahan

d5c32b8b 8d60 4443 b074 797537f03e85

Ketika operasi menangkap peniru tersebut, Na Hee menyalakan siren tanpa kebenaran ketua. Hasilnya, penjenayah itu berjaya meloloskan diri sekali lagi.

6. Memecahbelahkan Pasukan

Queen mantis

Na Hee cuba mempengaruhi anggota lain untuk menyiasat kelemahan Cha Su Yeol. Tindakan ini memecah-belahkan pasukan dan menangguhkan siasatan utama.

7. Mengabaikan Prosedur Rasmi

8b9cc8df c55f 4cb3 9b78 8404a237cee3

Walaupun berniat untuk menangkap peniru Belalang Sembah, sikapnya yang sering mengabaikan prosedur telah mengacaukan keseluruhan operasi.

Kim Na Hee sememangnya mempunyai tekad kuat untuk menumpaskan peniru Belalang Sembah dalam Queen Mantis. Namun, sikap negatifnya terhadap Cha Su Yeol menjadikan beliau kurang profesional. Hasilnya, kecerdikan yang sepatutnya menjadi aset telah bertukar menjadi beban besar kepada pasukan siasatan.

Baca lagi: Queen Mantis: 6 Keanehan Yang Menyelubungi Kematian Seo Gu Wan, Dibunuh atau Kemalangan?
Baca juga: Go Hyun Jung Hidupkan Watak Mengerikan dalam Drama Jenayah Queen Mantis 5 September Ini