Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Go Hyun Jung Hidupkan Watak Mengerikan dalam Drama Jenayah Queen Mantis 5...

Go Hyun Jung Hidupkan Watak Mengerikan dalam Drama Jenayah Queen Mantis 5 September Ini

0

Drama terbaharu SBS, Queen Mantis (2025) dibintangi Go Hyun Jung kini semakin hampir ke tarikh tayangan perdana. Karya ini merupakan adaptasi semula daripada siri popular Perancis La Mante (2017), tetapi diberi nafas baharu dengan gaya penceritaan Korea yang lebih dramatik dan sarat emosi. Membawa genre kriminal thriller, drama ini menjanjikan jalan cerita penuh ketegangan yang mampu membuat penonton tidak senang duduk.

Versi Korea kali ini menampilkan dua nama besar, iaitu Go Hyun Jung dan Jang Dong Yoon sebagai pelakon utama. Jalan cerita berpusat pada seorang pembunuh berantai yang digelar The Mantis, yang telah dipenjarakan selama hampir 20 tahun. Namun, muncul kes pembunuhan baharu yang meniru gaya khasnya, sekali gus memaksa pihak polis meminta bantuan pembunuh sebenar, Jung Yi Shin, si Mantis yang asal, untuk membantu menyiasat siapa dalang di sebalik kejadian itu.

Go Hyun Jung sebagai Jung Yi Shin

Go hyun jung

Go Hyun Jung membawakan watak Jung Yi Shin, seorang pembunuh berantai legenda yang terkenal dengan kekejamannya. Lakonannya kali ini tampil berani dan penuh intensiti, mencipta sosok yang bukan sahaja menakutkan, tetapi juga meninggalkan tanda tanya di hati penonton.

Berikut antara detik-detik penting tentang watak Jung Yi Shin dalam Queen Mantis:

 

IMG 7016

1. Jung Yi Shin merupakan pembunuh berantai yang telah mengorbankan lima orang lelaki dengan cara kejam, sehingga digelar “Queen Mantis”.
0e4fee5b 5fe0 4abd 9e9e e89decbef18a
2. Cara membunuhnya meniru gaya belalang sembah betina yang dingin, penuh strategi, tepat dan mematikan.
14fe982a 121d 46ce bae1 35745f883258
3. Akibat perbuatannya, Yi Shin dijatuhkan hukuman mati. Dalam salah satu potongan gambar rasmi, dia kelihatan memakai pakaian banduan dengan renungan tajam yang membekukan darah.
7748df70 fd49 414e 89fa 71c06ccf2ccf
4. Karakternya dipaparkan dengan aura misteri, dingin, namun penuh rahsia tersembunyi.
ecbf3285 ea7d 4230 afa0 337195fb10a1
5. Walaupun begitu, beberapa adegan turut memperlihatkan sisi manusianya, ekspresi kosong yang kelihatan haus akan hubungan emosi.

Hubungan Rumit Antara Ibu dan Anak

97e0098b 47cf 4178 a709 ebe292b39a45

Selain sisi kejamnya, Jung Yi Shin turut digambarkan sebagai seorang ibu. Dia mempunyai seorang anak lelaki bernama Cha Soo Yeol (lakonan Jang Dong Yoon). Namun, hubungan mereka musnah akibat sejarah hitam masa lalu Yi Shin yang sukar dimaafkan.

Segalanya mula berubah apabila Soo Yeol akhirnya terpaksa bekerjasama dengan ibunya demi membongkar kes pembunuhan baharu yang meniru gaya si Mantis. Persoalan besar yang timbul: apakah pembunuhan ini benar-benar ada kaitan dengan Yi Shin, walhal dia telah meringkuk dalam penjara hampir dua dekad?

Drama yang Wajar Ditunggu

IMG 7018

Melalui potongan adegan yang sudah dikongsikan, jelas kelihatan Go Hyun Jung berjaya menjiwai watak Jung Yi Shin dengan intensiti yang luar biasa. Chemistry beliau bersama Jang Dong Yoon juga dijangka menjadi nadi utama kepada drama ini, menambahkan elemen emosi di sebalik jalan cerita penuh darah dan dendam.

Queen Mantis bakal ditayangkan pada 5 September 2025 di SBS dan turut boleh ditonton di Netflix. Jika anda peminat drama kriminal thriller yang sarat misteri, catat tarikh ini kerana drama ini pasti akan menjadi buah mulut ramai.


Baca lagi: “THE UGLY”, Naskhah Thriller Psikologi Korea yang Bakal Gegarkan TIFF 2025
Baca juga: September 2025 Penuh Aksi, Senarai Drama Korea Terhangat untuk Ditonton