Home News Pyo Ye Jin Dalam 13 Kdrama Yang Dibintanginya

Pyo Ye Jin Dalam 13 Kdrama Yang Dibintanginya

0

Pyo Ye Jin Dalam 13 Kdrama Yang Dibintanginya, apakah drama-drama tersebut?

Pyo Ye-jin berjaya membintangi drama siri Taxi Driver dan Our Blooming Youth yang ditayangkan pada tahun 2023 ini.

Dalam drama siri Taxi Driver, dia membawa watak sebagai Ahn Go Eun iaitu seorang penggodam yang bergandingan dengan Lee Je Hoon. Sementara itu, dalam drama siri Our Blooming Youth dia berlakon sebagai Jang Ga Ram.

Artis yang pernah meraih trofi Best Female Character di acara SBS Drama Awards ini akan membintangi beberapa drama siri terbaru yang akan ditayangkan pada tahun 2023 ini.

Akan membintangi dua drama siri terbaru sekaligus, berikut ini merupakan drama siri Korea yang dibintangi olehnya. Jom sama-sama kita lihat!

836bdd60 ddd2 4f3e 9159 5a070623b76b1. Berlakon dalam drama siri Dream Knight pada tahun 2015, dia muncul sebagai cameo yang bernama Mi Seun pada episod 5 dan 12

7449ba0a 3877 4e17 84f4 597acb4880f42. Bergenre komedi, Pyo Ye Jin membintangi web series Deux Yeoza (2016), melakonkan watak yang bernama Yeoza dan bergandingan bersama Choi Seung Yoon

16938d50 a8e9 446a 9dad d290481089c53. Dalam drama siri Marriage Contract (2016), dia tampil sebagai watak pembantu yang bernama Hyeon Ah Ra. Lee Seo Jin dan Uee jadi masing-masing melakonkan watak utama

ca7dc703 0377 46bd 99cd 8f9611c67a024. Bergenre romantik komedi, Pyo Ye Jin membawa watak sebagai pelayan dalam drama siri 72 Seconds (2016). Turut berlakon sama adalah Jin Kyung Hwan dan Hee Ryung

4bc8004b d288 4151 9c84 87b49d659c785. Pada tahun 2016 juga, Pyo Ye Jin melakonkan watak sebagai juru rawat dalam drama yang turut dibintangi oleh Kim Rae Won dan Park Shin Hye iaitu Doctors

3b7ff0a7 dfba 45eb 9b82 9b5ffc5e28316. Dalam drama siri The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop, dia berlakon sebagai Lee Da Jung, dia bertemu dengan Hyun Woo dan menjadi kekasihnya

d7bcaf46 a636 430e 9907 9ae9964b53ef7. Pyo Ye Jin juga pernah bergandingan dengan pelakon berbakat iaitu Ahn Jae dalam drama siri Fight for My Way pada tahun 2016

966cff0d cde0 4ac7 ad18 726d56ca357c8. Setelah kehilangan segala-galanya, Pyo Ye Jin memulakan kehidupan barunya dalam Love Returns (2017). Dia bergandingan dengan Lee Sung Yeol INFINITE

bbb2e57b c58b 406f a1ec a21c29e415a49. Membawa watak antagonis, Pyo Ye Jin menjadi orang ketiga kepada karakter yang dilakonkan oleh Jang NaRa dan Lee Sang Yoon dalam drama V.I.P (2019)

a8dfb91b 0dde 45e1 a0a3 606a5c0ddaa210. Membintangi drama siri Taxi Driver (2021-2023), Pyo Ye Jin membawa watak sebagai Ahn Go Eun iaitu seorang penggodam yang menegakkan keadilan

d60579d8 74aa 4277 8203 325de166527011. Pada tahun 2023, Pyo Ye Jin membintangi drama sageuk iaitu Our Blooming Youth sebagai Jang Ga Ram yang menjadi sahabat baik Min Jae Yi

e9f2c3f4 e47f 4f14 99c5 0b54725feb0312. Berlakon dalam drama thriller The Moon that Rises in the Day (2023), Pyo Ye Jin akan bergandingan dengan Kim Young Dae yang menjadi pelakon utama

8486e3c3 b457 42a2 bc27 f90ba21de53b

13. Pada tahun 2023 ini juga, Pyo Ye Jin akan turut berlakon dalam drama siri thriller dan misteri yang bertajuk Revenant sebagai pelakon pembantu

Pyo Ye Jin disahkan akan membintangi dua drama sekaligus, iaitu drama siri The Moon that Rises in the Day dan juga drama Revenant. Belum lagi ada sebarang maklumat sahih tentang penayangan dua drama siri tersebut. Nantikan dua drama siri terbaru daripada pelakon berbakat ini ya!

Baca Lagi: “Taxi Driver 3” Kini Dalam Proses Perbincangan

Baca Juga: 5 Reaksi Keluarga Dr Seo Apabila Kantoi Curang