Home News Black Night Kim Woo Bin Tayang Serentak 12 Mei

Black Night Kim Woo Bin Tayang Serentak 12 Mei

0

Kim Woo Bin buat kemunculan semula dalam mini siri Korea “Black Night” di platform striming Netflix yang akan tayang serentak 6 episod sekaligus pada Jumaat, 12 Mei 2023 ini!

Kali ini Kim Woo Bin akan membawa peranan yang berbeza dari watak-watak yang pernah dilakonkannya. Ketika ditemual oleh media Screen Rant, Kim Woo Bin berkongsi hasil kerja yang dia lakukan untuk menjayakan mini siri “Black Night” ini.

Kim Woo Bin turut menerangkan cara dia mencari petunjuk dari skrip, membincangkan wataknya dengan pengarah dan kemudian membayangkan aspek yang tidak ditulis secara eksplisit ke dalam skrip.

IMG 5796

“Black Night” adalah adaptasi dari Webtoon bertajuk “Black Night (Delivery Night) oleh Lee Yun-kyun (Lee Yoon-gyun) dan siri Netflix ini adalah arahan oleh Cho Ui-seok.

Ini ialah adaptasi webtoon yang luar biasa, bekerjasama dengan genre drama Korea yang mengagumkan yang sentiasa berkembang pesat. Dan kini ia telah dimuatkan di Netflix. Diharapakn siri ini dapat mencontohi kejayaan drama K-drama lain seperti Squid Game.

“Black Night” dibintangi oleh deretan barisan pelakon hebat-hebat yang terdiri daripada:

IMG 5794

Pelakon Utama:

  • Kim Woo Bin sebagai ‘5-8’, seorang pemandu penghantaran legenda.
  • Song Seung-heon sebagai Ryu Seok, pewaris kaya Kumpulan Cheonmyeong yang memerintah dunia dengan oksigen sebagai senjata.
  • Kang Yoo-seok sebagai Sa-wol, seorang budak pelarian yang iri hati dengan ‘5-8’ dan bermimpi untuk mengikuti jejaknya sebagai salah seorang Knights.
  • Esom sebagai Seol-ah, seorang pegawai tentera yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Sa-wol.

Pelakon Pembantu:

  • Kim Eui-sung sebagai datuk yang cerdik, seorang mekanik serba boleh yang tidak dapat memperbaiki apa-apa dan pelindung Sa-wol.
  • Jin Kyung sebagai presiden.
  • Nam Kyung-eup sebagai Pengerusi Ryu, bapa Ryu Seok.
  • Roh Yoon-seo sebagai Seul-ah, adik perempuan Seol-ah yang telah tinggal bersama Sa-wol dan keluarganya.
  • Lee Joo-seung sebagai rakan pelarian Sa-wol.
  • Jung Eun-seong sebagai rakan pelarian Sa-wol.
  • Lee Sang-jin sebagai rakan pelarian Sa-wol.

Kurier di Cheonmyeong Group

  • Lee Dam
  • Lee Soon-won
  • Heo Hyeong-gyu
  • Bae Myung-jin
  • Yoo In-hyeok
  • Jang Mi-gwan
  • Yoo Hyuk-jae
  • Yang Jeong-doo
  • Han Sang-gil
  • Zo Zee-an

PLOT “BLACK NIGHT”

IMG 5744

Siri yang diadaptasi berdasarkan webtoon popular yang telah memenangi Anugerah E-IP di Pasaran Filem Asia dengan tajuk yang sama ini berlatarbelakangkan tahun 2071 dengan dunia yang udaranya tercemar dimana manusia ketika itu harus bergantung kepada topeng oksigen untuk bernafas.

Semenanjung Korea saat itu mengalami “fenomena penggurunan” dimana rumput dan hutan menjadi kering akibat teriknya matahari dan menyebabkan banyak kebakaran berlaku. Kawasan gurun akan bertambah menjadi lebih luas apabila kemarau berlaku dan hanya 1% daripada penduduk yang dapat bertahan.

Dan disinilah, “Courier Service” memainkan peranan penting kerana itu adalah satu-satunya kerja bagi semua pelarian ketika itu untuk bertahan hidup dan kumpulan ini bertanggungjawab untuk kelangsungan hidup umat manusia yang hampir pupus.

IMG 5797

Kim Woo Bin yang digambarkan sebagai seorang lagenda penghantaran barang  yang digelar sebagai 5-8, mempunyai kemahiran kombat yang luar biasa dan ketahanan untuk hidup lama di luar telah bertemu dengan pelarian bernama Sa Wol (Kang You-seok) yang juga memiliki impian menjadi seperti 5-8.

IMG 5798

E Som pula sebagai Seol Ah, seorang major perisikan tentera. Kemudian ada Song Seung-heon membawa peranan sebagai penjahat Ryu Seok hati kering dan kejam.

IMG 5745 scaled

TRIVIA

Black Knight menampilkan pasukan kesan visual teratas Korea, VFX Studio Westworld, yang mengerjakan siri seperti Sweet Home , Squid Game dan All of Us Are Dead. Di kawasan padang pasir, pasir diletakkan di tapak pembinaan 50,000 pyeong, dan jalan dibuat dengan kira-kira 1 km tanah untuk menghadam pelbagai adegan dipenuhi dengan VFX.

Lee Byeon-gju dari Ibu Pejabat Westworld, berkata “penembakan sumber telah dijalankan di kawasan seperti Bayanjak di Mongolia dan Honggorin Els di Gurun Gobi, dan dinyatakan sebagai padang pasir yang sesuai untuk setiap persekitaran.

Kedengaran sangat menarik dengan membawa satu kelainan dalam genrenya yang pasti akan menjadi siri yang dinanti-nantikan oleh peminat Kim Woo Bin terutamanya!

Peminat Webtoon boleh rujuk disini “Black Knight |WEBTOON”

Ikuti laman DaebaKing selalu bagi mendapatkan berita-berita sensasi Industri Hiburan Korea dan review drama/filem dari semasa ke semasa ya!

Baca Lagi: 10 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Mei 2023

Baca Juga: 10 Filem Terbaik Korea Sepanjang Zaman