Home Lifestyle Punca Millennials Korea Pilih Membujang Atau Kahwin Lewat

Punca Millennials Korea Pilih Membujang Atau Kahwin Lewat

0

Persoalan ‘bila nak kahwin?’ atau ‘kenapa tak kahwin-kahwin lagi?’ mungkin tidak asing lagi di cuping telinga seseorang individu yang masih bujang dan mencapai usia yang sudah dianggap lanjut.

Namun kita terpaksa mengecewakan si penanya ‘bila boleh makan nasi minyak?’ kerana bila sampai hari nikah, kita mungkin akan hidangkan bihun goreng atau laksa, bukan nasi minyak.

Apabila dengar berita artis Korea baru kahwin ke, beranak ke atau menonton rancangan realiti TV ‘The Return of Superman’, saya perasan kebanyakan umur mereka mesti lingkungan 30 tahun ke atas. Mungkin kahwin lewat atas faktor kerjaya atau nak stabil dulu.

Tidak hanya selebriti, rupanya sudah jadi perkara biasa bagi muda-mudi negara itu kahwin lewat berdasarkan luahan seorang pengguna Quora dari Korea Selatan.

koreaz

“Ada sebab mengapa sesetengah rakyat Korea Selatan nasihatkan anda supaya tidak berpindah menetap di sana.” tulis Kim Jinwon, di laman sosial Quora.

Penduduk Korea itu menjawab persoalan ‘Mengapa Orang Korea nak berkahwin bila umur 30 tahun atau lebih?’ di laman tersebut. Katanya hidup di Korea Selatan sebagai warganegara Korea Selatan sebenarnya sukar.

“Pada tahun 1990-an, rakyat Korea Selatan secara umumnya sering berkahwin sebelum meniti usia 25 tahun dan ada anak sebelum mencecah umur 30 tahun. Itu biasa sehinggalah masuk ke abad-21.

“Segala-galanya mula berubah termasuk perubahan cara hidup semasa Krisis Kewangan Asia dari tahun 1997 hingga 1998 yang teruk menyerang Korea Selatan sehingga hampir bankrap negara ini.” ujar Kim.

Jelasnya lagi, pasca krisis berkenaan mengubah beberapa bahagian struktur ekonomi Korea Selatan menjadi norma baharu semasa pembukaan alaf 21 di negara tersebut.

Rancak campaign 1640x614 1 9

“Dalam keadaan itu, tidak kira lelaki atau wanita memang perlu bekerja. Sebelum ini biasanya lelaki (bapa) bekerja dan wanita (ibu) tinggal di rumah bagi menjaga anak-anak dan urusan domestik. Semuanya berubah total sejak kemunculan normal baru itu.”

“Orang ramai hilang kualiti kehidupan, kebahagiaan dan dibayangi kesuraman. Meskipun ekonomi Korea Selatan kini semakin maju, masih ramai orang yang tak mampu besarkan anak.

“Hari ini, orang muda susah nak dapat kerja di Korea Selatan. Jadi, mereka tidak mengimpikan pun untuk jadi ibu bapa kerana sibuk bergelut dengan kehidupan. Hal ini mendorong mereka untuk kahwin lambat, dan selalunya tiada perkahwinan langsung.”

Ceritanya lagi, kini kadar kelahiran di Korea Selatan di bawah paras 1.0. Kerajaan sudah buat macam-macam cara untuk menangani masalah ini namun nampaknya itu hanya membazir masa dan wang.

Oleh itu, kerajaan sudah pasrah dengan isu kadar kelahiran rendah ini lalu mereka mahu fokus tambah baik kesihatan rakyat sedia ada ini dan penjagaan orang tua. Spekulasi bertiup kencang mengatakan jumlah penduduk Korea Selatan mungkin hanya kira-kira 10 juta pada tahun 2100 nanti.

“Ini antara sebab kenapa sesetengah orang Korea pesan supaya jangan berpindah ke Korea Selatan, mereka tak mahu anda menderita kerana masyarakat Korea Selatan.” tulis Kim mengakhiri luahannya.

Sumber: Quora