Home Kdrama/Kmovie Ini Punca Gong Yoo dan Bae Doo-na Terima Tawaran Berlakon Dalam Siri...

Ini Punca Gong Yoo dan Bae Doo-na Terima Tawaran Berlakon Dalam Siri Terbaru Netflix “The Silent Sea”

0

Mengikut artikel dari The Korea Heralds, kebanyakan pelakon dan kakitangan Netflix “The Silent Sea,” mengambil peluang untuk menyertai produksi siri thriller sci-fi dengan pantas tanpa sebarang keraguan.

Bae Doo-na mengatakan bahawa pada awalnya Bae agak keberatan untuk membintangi projek berkaitan angkasa Korea. Namun, persepsinya berubah selepas menonton filem pendek pengarah ‘The Silent Sea’. Di dalam siri ini, Bae Doo-na akan memegang watak sebagai ahli astrbiologi.

20211222000614 0
Filem thriller misteri yang akan datang ini, diadaptasi daripada filem pendek dengan tajuk yang sama oleh pengarah Choi Hang-yong, 40. Filem pendek ini telah dicipta sebagai projek tamat pengajian pengarah di Institut filem, TV dan multimedia di ‘Korea National University of Arts’ pada tahun 2014. Siri ini adalah mengenai sekumpulan peneroka angkasa dalam misi sulit di bulan.

0

Choi berkata, “Terdapat banyak filem dan siri berkaitan angkasa, tetapi tidak semestinya mengenai bulan. Walaupun kita sangat dekat dengan bulan, saya menyedari bahawa kita tidak tahu banyak tentangnya. Ini mencetuskan minat dan membuatkan saya membuat penggambaran projek sci-fi.”

20211222000612 0 1

Pengarah itu teruja untuk mempersembahkan “The Silent Sea” sebagai siri Netflix, kerana dia dapat mengembangkan cerita dalam skop yang lebih besar berbanding dalam filemnya yang berdurasi 37 minit dimana telah ditayangkan pada tahun 2014.

Gong Yoo, yang sebelum ini membuat debut Netflixnya dengan penampilan khas di “Squid Game,” juga mengambil bahagian di dalam projek ini. “Ketepikan tentang lokasi yang unik, senario yang menarik dan pelakon yang menakjubkan, saya secara peribadi berminat dengan dunia dystopian dan cerita tentang masa depan” kata Gong.

Filem thriller sci-fi ini akan ditayangkan di Netflix pada hari ini (Jumaat).

Sumber: The Korea Herald