Home Entertainment Lee Kwang Soo Dengan Penampilan Yang Mengejutkan Di Dalam ‘The Pirates: Goblin...

Lee Kwang Soo Dengan Penampilan Yang Mengejutkan Di Dalam ‘The Pirates: Goblin Flag’

0

Pada 23hb Disember, ‘The Pirates: Goblin Flag’ telah mengeluarkan beberapa gambar Lee Kwang Soo. Ia menarik perhatian orang ramai apabila melihat gaya Kwang Soo yang agak berbeza. Rambut yang unik, memiliki misai dan juga janggut dan kening tebalnya.

2021 12 24 03 30 06 800x1076 1Di dalam filem ini, Lee Kwang Soo memegang watak ‘Maggi’. Maggi merupakan salah seorang ahli kapal lanun dan dia bercita- cita untuk menjadi Raja Lanun.

Walau bagaimanapun, tidak seperti yang dirancang, telah berlaku beberapa  kejadian yang tidak diingini. Lee Kwang-soo dalam filem ini membawa watak ‘kelakar’ dengan sempurna.

2021 12 24 03 30 06 800x1076 2

Pengarah Kim Jeong-hoon juga memuji Kwang Soo dengan berkata, “Setiap penampilan Maggi ialah seperti melihat Lee Kwang-soo itu sendiri.”

dummy 1

‘The Pirates: Goblin Flag’ ialah filem yang menggambarkan pengembaraan hebat lanun yang berkumpul di laut untuk menjadi pemilik khazanah diraja yang telah hilang. Selain Lee Kwang Soo, Kang Ha-neul, Han Hyo-joo, dan Kwon Sang-woo juga turut membintangi filem ini.

Filem ini akan ditayangkan pada tahun depan.

Sumber: Dispatch