Home Entertainment Podcaster Popular Memohon Maaf Kerana Menghina RM BTS!

Podcaster Popular Memohon Maaf Kerana Menghina RM BTS!

0

Podcast popular Choi Wook memohon maaf kerana menghina RM BTS.

Podcaster Choi Wook telah dikecam teruk sejak dia membuat kenyataan tentang RM pada episod 5 September podcastnya ‘Maebul Show’. Semasa membincangkan konsert BTS yang akan datang ‘Yet to Come’ di Busan, podcaster dan hos bersamanya membincangkan ahli kumpulan kegemaran mereka.

Seorang ahli panel menyebut RM sebagai ‘bias’ mereka, dan Choi Wook menjawab, “RM bukan pilihan ramai, bukan?”

1662558690 20220907 rm2

Melihat respon negatif netizen di ruangan komen, podcaster itu terus menambah, “RM adalah kegemaran saya. Saya rasa saya tidak patut bergurau tentang perkara ini. Saya bertanya siapa yang mereka suka dalam BTS, dan saya melakukan kesilapan besar. Saya benar-benar minta maaf.”

Selepas peminat mengugut untuk menyiarkan bahagian di mana dia didakwa menghina RM BTS, Choi Wook sekali lagi meminta maaf, sambil berkata, “Saya faham anda semua akan menyebarkan klip ini. Saya benar-benar minta maaf. Jelas ini hanyalah salah faham sahaja.”

Baca lagi: “Dia Tak Ambil Dadah”- Agensi Park Hae Jin Nafikan Khabar Angin

Baca lagi: “Perghhh Sado Nya Badan V”- Gambar Terbaru V BTS Di Instagram Buat Para Gadis-Gadis Meroyan

Sumber: [1]