Jisoo in 2022

Wajahnya yang ayu dan polos membuatkan Jisoo dianggap sebagai yang paling cantik dalam kumpulan BLACKPINK. Ini dikatakan sendiri oleh doktor pakar bedah plastik terkenal di Korea Selatan, Dr Min Hee Joon.

Jika mana-mana pelanggan yang ingin melakukan pembedahan plastik, Dr Min akan mengesyorkan wajah Jisoo kerana kecantikan yang dimiliki oleh nya adalah asli.

Jisoo tidak pernah melakukan apa-apa pembedahan plastik sepanjang karier kecuali memakai veneers di gigi untuk tampil menawan.

1064702

Sebelum ini, wajah Tzuyu TWICE dikatakan mendapat permintaan ramai daripada pelanggan di Jepun. Kedua-dua mereka dipercayai tidak melakukan pembedahan plastik kerana YG & JYP Entertainment melarang artis di bawah naungan mereka melakukan perkara itu.

Walaupun pembedahan plastik tidak asing lagi di kalangan selebriti Kpop, namun kedua-dua agensi itu mahukan artis di bawah naungan mereka untuk tampil lebih asli tanpa perlu menjalani prosedur mengubah wajah mereka.

Sumber: Mstar

Baca artikel terdahulu: “Dah Bayar Mahal, Boleh Buat Taktahu Je”- Monsta X Minhyuk Kecewakan Peminat Dengan Sikap Ini 

 

 

Previous article“Dah Bayar Mahal, Boleh Buat Tak Tahu Je”-MONSTA X Minhyuk Kecewakan Peminat Dengan Sikap Ini
Next articlePodcaster Popular Memohon Maaf Kerana Menghina RM BTS!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here