Peminat Minyhuk MONSTA X kecewa dengan sikapnya yang kurang berkomunikasi dengan peminat.

Terbaru, beberapa netizen di forum komuniti termasuk Twitter, menyuarakan ketidakpuasanhati terhadap Minhyuk yang kurang berkomunikasi dengan peminatnya. Peminat menulis:

“Kami merindui Minhyuk, tolong la respond dekat mesej ni.”

“Sila balas balik mesej kami Minhyuk.”

“Semenjak Februari sehingga September tahun ini, Minhyuk tidak pernah respons kepada mesej yang dihantar oleh saya, sudah masuk 7 bulan.”

MONSTA X menggunakan platform UNIVERSE untuk menghantar mesej kepada peminatnya di seluruh dunia. “Private Message” merupakan salah satu ciri-ciri dalam aplikasi tersebut dan memerlukan yuran bulanan sebanyak 7900 won bersamaan dengan 5.72 USD, dan tidak boleh dipulang balik. Disebabkan Minhyuk yang kurang berbicara dengan peminatnya di aplikasi tersebut menyebabkan peminatnya sedikit kecewa dengan tindakan beliau.

Jaehyun NCT dan Joy Red Velvet turut menerima nasib yang sama apabila gagal melayan peminat mereka di platform BUBBLE, yang turut menuntut peminat untuk membayar bagi aplikasi tersebut.

Minhyuk dilaporkan sedang sibuk mengacara rancangan variety terbaru, “Vogue Ship Show” musim kedua.

Sumber:Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Dia Tak Ambil Dadah”- Agensi Park Hae Jin Nafikan Khabar Angin 

 

Previous article“Dia Tak Ambil Dadah”- Agensi Park Hae Jin Nafikan Khabar Angin
Next article“Paling Sempurna Dan Cantik”- Pakar Bedah Plastik Setuju Wajah Jisoo BLACKPINK Paling Sempurna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here