Home K - Pop “Dia Tak Ambil Dadah”- Agensi Park Hae Jin Nafikan Khabar Angin

“Dia Tak Ambil Dadah”- Agensi Park Hae Jin Nafikan Khabar Angin

0

Sebuah laporan mengenai aktor “A” telah dikeluarkan oleh media tempatan selepas dia dipercayai ditangkap atas kesalahan dadah dan berkelakuan pelik di tempat awam.

Netizen telah membuat spekulasi mengenai Park Hae Jin yang terlibat dengan masalah tersebut ditambah pula tindakan beliau menukar status Instagram nya kepada privasi selepas berita itu tersebar. Tambahan pula, berita turut melaporkan bahawa pelaku merupakan seorang yang berumur lingkungan 40 tahun dan mula menceburkan diri dalam bidang industri lakonan pada tahun 2006 dan itu sepadan dengan profil Park Hae Jin.

Bagaimanapun, agensi Park Hae Jin, Artist Company, menafikan dakwaan tersebut dalam sebuah siaran media pada 11 September. Secara am, akaun instagram milik Park Hae Jin diprivasi semenjak dari Jun, selepas termetrai perjanjian di antara beliau dan agensi. Park Hae Jin juga bukan tinggal di Gangnam-gu,Seoul. Agensi turut memberi peringatan akan mengambil tindakan keras kepada sesiapa yang terus menyebarkan berita palsu mengenai Park Hae Jin.

Kenyataan penuh:

“Hello, ini ialah Artist Company. Berita mengenai Park Hae Jin ditangkap kerana penyalahgunaan dadah telah tersebar di laman sosial dan forum komuniti online.

Kami ingin menegaskan bahawa Park Hae Jin tidak terlibat dengan perkara ini. Jika berlanjutan, kami akan mengambil tindakan yang tegas ke atas penyebar berita palsu tersebut.

Terima kasih.”

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Perghhh Sado Nya Badan V”- Gambar Terbaru V BTS Di Instagram Buat Para Gadis-Gadis Meroyan