Home Kdrama/Kmovie Perbezaan Dua Keluarga Dalam Wedding Impossible, Bakal Jadi Besan

Perbezaan Dua Keluarga Dalam Wedding Impossible, Bakal Jadi Besan

0

Drama Korea Wedding Impossible (2024) menyajikan kisah persahabatan manis antara Lee Do Han (Kim Do Wan) dan Na A Jeong (Jun Jong Seo). Persahabatan mereka bukan hanya persahabatan di atas kertas, tetapi bersifat give and take (memberi dan menerima) sehingga tercipta nuansa persahabatan yang sihat.

Baca lagi: “Wedding Impossible’, Kdrama Adaptasi Novel Web Popular Tayang di Prime Video Bermula 26 Februari

Tanpa disangka, keadaan membawa mereka kepada sebuah perkahwinan, walau hanya perkahwinan kontrak. Salah satu perkara yang menjadi sorotan dari rancangan perkahwinan mereka adalah latar belakang keluarga yang sangat berbeza.

Lee Do Han yang selama ini menyembunyikan identiti sebenar sebagai chaebol ternyata merupakan pewaris utama LJ Group. Manakala, Na A Jeong merupakan anak sulung dari dua beradik yang berasal dari keluarga sederhana.

Keadaan keluarga mereka mencerminkan dua warna kontra yang saling berlawanan. Sejauh manakah perbezaan itu?

 

1. Keluarga Lee Do Han dipenuhi persaingan vs keluarga Na A Jeong dipenuhi kehangatan kasih sayang

04a24f63 15c3 4fb8 9330 7f23a70cfa65Dalam drama Wedding Impossible, keluarga Lee Do Han hanya berkumpul apabila ada kepentingan. Do Han sendiri sibuk mengasingkan diri ke New York selama 15 tahun. Namun, ternyata kehadirannya yang paling ditunggu-tunggu apabila datuknya jatuh sakit.

Perkara itu membuatkan kedua-dua saudara tirinya iri. Mereka beranggapan sepatutnya kehadiran merekalah yang diharapkan, bukan Do Han yang merupakan anak hasil kecurangan ibunya. Sebenarnya, datuknya bersikap demikian kerana kedua-dua saudara tirinya pernah terlibat dengan skandal memalukan. Persaingan antara saudara tidak dapat dielakkan. Dalam keluarga LJ Group, hanya datuk dan adik kandungnya yang menyambut hangat kehadirannya.

Bezanya, Na A Jeong hampir selalu mendapat sokongan positif dari keluarganya, walau sesekali hubungan mereka juga diisi oleh pertengkaran kecil. Hidup A Jeong memang sering diwarnai dengan perdebatan melucukan dengan adiknya yang cerewet. Walau begitu, sewaktu A Jeong kesedihan, seluruh anggota keluarganya tetap berusaha memujuknya dengan cara yang hangat dan penuh kasih sayang.

 

2. Lee Do Han disembunyikan kewujudannya vs Na A Jeong diakui oleh keluarganya

fe5e0941 9781 4830 8bdd d7ba949c1fdeSelepas kematian ibu bapanya kerana kemalangan, Lee Do Han dan adiknya dijaga oleh keluarga LJ Group. Namun, kewujudan mereka disembunyikan dari orang ramai. Kedua-duanya dianggap sebagai aib kerana lahir dari hasil hubungan curang ibu mereka.

Tidak ada sesiapa yang mengetahui identiti sebenar Do Han hingga datuknya melantiknya menjadi pewaris syarikat. Keputusan itu diambil kerana hanya Do Han dan adiknya yang tidak terlibat dengan skandal jika dibandingkan kedua-dua saudara tiri mereka.

Walaupun Na A Jeong bukan anak kebanggaan orang tuanya, kehadirannya tetap dinantikan. Karier seni A Jeong yang biasa-biasa sahaja juga langsung tidak dianggap aib bagi keluarganya. Keluarganya adalah support system utama bagi gadis ini.

Jatuh bangun A Jeong dalam memenuhi impiannya sebagai seorang pelakon tetap disokong, walau sebenarnya keluarganya berharap dia mendirikan rumah tangga kerana kerjayanya yang langsung tidak berkembang. Namun, cadangan itu diberikan pada A Jeong dengan niat yang baik, bukan untuk menjatuhkan.

Akhirnya, kini A Jeong menurut dan memutuskan untuk berkahwin. Mengejutkannya, lelaki yang akan dikahwininya adalah seorang chaebol. Tentu, keluarganya tidak senang duduk dan masih tertanya-tanya, adakah itu anugerah atau musibah kerana kehidupan seorang chaebol selalu menjadi perhatian.

 

3. Keluarga Lee Do Han identikal dengan kemewahan vs keluarga Na A Jeong identikal dengan kesederhanaan

Wedding impossibleMenjadi anggota keluarga LJ Group, tentu adalah kelebihan bagi Lee Do Han. Urusan hidupnya menjadi lebih mudah kerana dilimpahi kemewahan. Namun, Do Han sendiri bukan jenis manusia yang suka memanfaatkan kekayaan keluarganya.

Selama ini, dia membawa diri sebagai orang biasa yang bekerja sambilan di sebuah kilang. Na A Jeong baru mengetahui bahawa Do Han adalah chaebol apabila sahabatnya itu mengajak berkahwin secara kontrak. Berbeza dengan kehidupan A Jeong yang serba sederhana. Dia tidak membiayai transplant rambut untuk ayahnya kerana pendapatannya sebagai seorang pelakon hanya cukup-cukup makan.

Demikian sahaja tiga perbezaan kehidupan keluarga Lee Do Han dan Na A Jeong dalam drama Wedding Impossible. Berbeza 180° bukan? Perbezaan itu terasa begitu nyata, adakah rancangan perkahwinan kedua-dua mereka akan berjaya?

Jangan lupa tonton episod seterus Wedding Impossible setiap Rabu dan Khamis hanya di Prime Video ya!

Baca lagi: Jeon Jong Seo Pelakon Serba Boleh, Ini 8 Filem dan Drama Lakonannya, Terbaru ialah Wedding Impossible
Baca juga: 3 Sebab Utama Anda Perlu Tonton Wedding Impossible, Kdrama Komedi Menghiburkan