Home Kdrama/Kmovie Penjelasan Ending Webtoon Death’s Game, Bagaimanakah Nasib Choi Yi Jae?

Penjelasan Ending Webtoon Death’s Game, Bagaimanakah Nasib Choi Yi Jae?

0

Tayangan Death’s Game di Prime Video pada 15 Disember 2023 disambut dengan baik oleh para peminat drama Korea. Drama ini sangat ditunggu-tunggu selama ini, salah satu sebab drama ini dinantikan adalah kerana diadaptasi dari webtoon bertajuk sama.

Drama siri Death’s Game Bahagian 1 sebanyak 4 episod dan Bahagian 2 juga sebanyak 4 episod akan ditayangkan pada 5 Januari 2024. Untuk versi asal Webtoon siri Death’s Game ini, anda boleh baca di LINE WEBTOON dengan semua episod yang tersedia.

Bagi anda yang sukakan spoiler dan tidak sabar untuk mengetahui bagaimanakan kesudahan nasib Choi Yi Jae, dibawah ini anda boleh baca ending Death’s Game dalam versi webtoon!

Adakah ending drama Death’s Game akan sama dengan versi webtoon?

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Semua kematian Choi Yi Jae mempunyai kaitan antara satu sama lain

Webtoon death’s gameDalam webtoon, Choi Yi Jae mendapat hukuman untuk mati dalam tubuh 13 orang manusia yang telah disediakan oleh Death (Maut). Tubuh-tubuh tersebut ternyata berhubung kait antara satu sama lain.

Pada kematian pertama, Park Tae Su ternyata merupakan adik Park Tae U yang membunuh Jang Geon Woo (kematian kelapan Choi Yi Jae) dan Lee Ji Su, orang yang disukai Choi Yi Jae. Park Tae U akhirnya dibunuh oleh kematian ke-12 Choi Yi Jae, iaitu si pemburu.

Selain itu, Choi Yi Jae juga masuk ke dalam tubuh Kwon Hyeok Jin di kematian ketiganya. Namun, Kwok Hyeok Jin dibunuh oleh pembulinya, Han Jun Seong. Ternyata, Han Jun Seong masuk penjara yang sama dengan Choi Tae Sang, individu yang dirasuk Choi Yi Jae di kematian ketujuhnya.

Seterusnya ada Yoo Gil Hak, kematian keenam Choi Yi Jae yang dibunuh oleh Jeol Gyu Cheong, pembunuh bersiri yang menjadi kematian kesembilannya. Terakhir adalah Ahn Ji Hyeong, kematian ke-11 Choi Yi Jae, seorang detektif yang mengungkap kejahatan Jeol Gyu Cheong dan pembunuhan Yoo Gil Hak.

 

2. Choi Yi Jae menghabiskan 30 tahun terakhir hidup sebagai ibunya

b1868081 6bb8 4c21 87f7 46a0d4b89e58Peluru terakhir yang ditembak oleh Death ternyata menghantar Choi Yi Jae hidup dalam tubuh ibunya. Berbeza dari tubuh-tubuh sebelum ini, Choi Yi Jae memutuskan untuk tidak bunuh diri dan bertahan hidup. Choi Yi Jae hidup selama 30 tahun dalam tubuh ibunya hingga dia meninggal dunia kerana komplikasi penyakit yang dialaminya di masa tua.

 

 

3. Seulgi, anak bekas rakan sekerja Choi Yi Jae sewaktu menjadi polis, sudah dewasa dan mempercayai ceritanya

DeathDi kematian kesembilan, Choi Yi Jae hidup dalam tubuh polis bernama Ahn Ji Hyeong. Untuk pertama kalinya, Choi Yi Jae mahu menyelamatkan nyawa orang lain, iaitu rakannya, Woo Ji Hun. Bahkan, Choi Yi Jae sengaja jatuh dari tingkat atas dengan gangster yang akan menembak rakannya tersebut.

30 tahun kemudian, Woo Seulgi, anak Woo Ji Hyun, datang ke pusat rehabilitasi sebagai novelis. Seulgi mendengar cerita Choi Yi Jae dalam tubuh ibunya tentang kematian di dalam 13 tubuh yang berbeza.

Selepas mendengar cerita tersebut, Seulgi sedar bahawa semua yang dikatakan Choi Yi Jae dalam tubuh ibunya itu adalah kejadian benar. Sewaktu Seulgi hendak bertanya kembali, sayangnya ibu Choi Yi Jae sudah meninggal dunia. Seulgi percaya bahawa wanita tua yang berbincang dengannya adalah individu yang dulu ada dalam tubuh rakan ayahnya.

 

4. Akhirnya, Death memberi peluang Choi Yi Jae hidup lagi sebelum bunuh diri

a883f43c 1190 4d93 bdca d24e94d5a49eSelepas 30 tahun berlalu, Choi Yi Jae kembali ke tempat Death dan memohon supaya dia boleh hidup kembali, tetapi dalam badannya yang asal. Death akan mengabulkan permintaan itu jika peluru dalam pistol Russian roulette tertembak di percubaan pertama.

Di akhir episod 66, ada tangan di tingkat atas bangunan mengangkat telefon dari seseorang yang bernama ‘Mom’. Dari adegan tersebut, kemungkinan besar Choi Yi Jae berjaya hidup kembali sebagai dirinya sendiri sebelum dia terjun dari bangunan tersebut. Death memutar waktu ke belakang untuk menghidupkan Choi Yi Jae.

 

5. Jika waktu diputar, adakah Lee Ji Su tidak meninggal dunia?

e40507c6 59c5 4200 9e19 117e08ed3ac4Jika benar Choi Yi Jae hidup dan waktu diputar kembali, adakah watak yang sudah meninggal masih hidup dan takdir mereka berubah? Lee Ji Su, novelis yang bertemu dengan Cho Yi Jae sewaktu menjadi Jang Geon Woo, diketahui mengalami kemalangan tragis. Adakah takdir Lee Ji Su akan berubah? Adakah nanti Choi Yi Jae akan mencari Lee Ji Su?

Dalam versi drama, Lee Ji Su (Go Yoon Jung) adalah bekas kekasih Choi Yee Jae yang diceritakan masih mencintainya. Sedangkan di webtoon, mereka bukan pasangan kekasih. Lee Ji Su diceritakan sebagai novelis yang kerap datang ke kafe tempat Jang Geon Woo bekerja.

Keduanya pun semakin rapat setelah Choi Yi Jae yang ada di dalam tubuh Jang Geon Woo menceritakan kisahnya. Dalam versi webtoon, bekas kekasih Choi Yi Jae adalah Kang Ji Eun dan sudah berkahwin.

Pada pendapat anda pula, Choi Yi Jae dan Lee Ji Su dalam drama boleh bersatu atau tidak? Jika pengakhiran drama Death’s Game sama dengan versi webtoon, bermakna sebuah pengakhiran bahagia! Webtoon Death’s Game tersedia dalam 66 episod, ya!

Baca lagi: 5 Persoalan yang Muncul Selepas Ending Death’s Game Part 1, Penuh Tanda Tanya
Baca juga: 5 Sebab Mengapa “Death’s Game Adalah Siri Yang Ditunggu-tunggu Ramai