Home Kdrama/Kmovie Pengakhiran A Bloody Lucky Day, Siapa yang Kecundang?

Pengakhiran A Bloody Lucky Day, Siapa yang Kecundang?

0

A Bloody Lucky Day Part 2 telah rasmi ditayangkan dan meneruskan kisah pemandu teksi Oh Taek (Lee Sung Min) dengan seorang psikopat yang bernama Geum Hyeok Soo (Yoo Yeon Seok).

A Bloody Lucky Day Part 2 akhirnya melabuhkan tirai dengan tayangang episod terakhirnya pada 9 Disember 2023.

Oh Taek menghadapi hari yang sangat malang kerana anak perempuannya dibunuh dan isterinya juga meninggal dunia kerana tidak mampu lagi menghadapi kesedihan. Oh Taek kemudian berusaha memburu Geum Hyeok Soo yang ternyata memiliki nama asal sebagai Lee Byeong Min orang yang bertanggungjawab membunuh anak perempuannya.

Setiap watak mendapat nasib akhir yang berbeza-beza. Jom sama-sama kita lihat nasib setiap watak di pengakhiran Kdrama A Bloody Lucky Day Part 2.

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.

 

21fd13fe d0bf 40d3 a6cf e0051f54d9ab1. Oh Taek berjaya membalas dendamnya. Dia kemudian dihukum untuk bertanggung jawab atas segala perbuatannya. Sewaktu keluar dari penjara, dia hidup bahagia dengan anak dan cucunya

 

65d50e8e 8382 4e30 836d 9a3e5f9a850c 12. Lee Byeong Min kehilangan dua-dua belah matanya ketika bertarung dengan Oh Taek. Dia ditangkap, kemudian dijatuhi hukuman mati

 

e279177e e51a 481f 8b1b bc1f0dc703ed3. Isteri Oh Taek, Hwang Soon Kyu (Lee Jung Eun), mati ditikam Lee Byeong Min. Namun dia sempat menyelamatkan Oh Taek dan memintanya untuk balas dendam

 

bcff619c 1da0 4605 84e1 08100de2039d4. Detektif Kim Joong Min (Jeong Man Sik) kecewa kerana dia meragui Hwang Soon Kyu. Dia akhirnya percaya pada Oh Taek dan menyelamatkannya dari tuduhan pembunuhan

 

12e92268 6892 4e6f 9fe1 33666e7d135d5. Oh Seung Mi (Jung Chan Bi) benar-benar dibunuh oleh Lee Byeong Min. Dia sebenarnya kekasih kawan Lee Byeong Min, iaitu Geum Hyeok Soo (Ahn Hyun Ho) yang asal

 

19e3391b 4594 4ad9 a7f5 b0098f11b7cc6. Sementara itu, Geum Hyeok Soo yang asal juga telah dibunuh oleh Lee Byeong Min kerana menolak untuk membunuh kekasihnya, Oh Seung Mi

 

d43f3e63 5cd4 41b0 93db 4b2a5c3bb104

7. Anak lelaki Oh Taek, Oh Seung Hyun (Hong Sa Bin) berjaya bertahan. Dia berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan

 

88e29473 3c3a 4ea8 bf01 84eb6de313fe8. Noh Hyun Ji (Oh Hye Won), isteri Lee Byeong Min, tidak jadi dibunuh oleh Oh Taek. Dia akhirnya mengetahui suaminya adalah pembunuh bersiri dan lantas meninggalkannya

 

A bloody9. Yoon Se Na (Han Dong Hee) sempat diculik Lee Byeong Min, tetapi ia berjaya melepaskan diri. Kini, dia boleh menarik nafas lega kerana lelaki psikopat tersebut telah dijatuhkan hukuman mati

 

A lucky10. Go Chae Ri (Gi Eun Su) juga pernah diculik Lee Byeong Min. Dia dan bayinya selamat, dan dia akhirnya melahirkan anak perempuan yang comel. Selepas melalui banyak dugaan dan nasib malang, hidup Oh Taek akhirnya kembali tenang. Lee Byeong Min dihukum sesuai dengan kejahatan yang dilakukannya.

Drama siri A Bloody Lucky Day boleh dikatakan berakhir dengan happy ending. Adakah anda berpuas hati dengan pengakhiran kisah drama siri A Bloody Lucky Day?

Baca lagi: A Bloody Lucky Day: Mengapakah Geum Hyeok Soo Menyasarkan Oh Taek?
Baca juga: A Bloody Lucky Day: Cara Yoo Yeon Seok Mendalami Watak Psikopat