Home News 20 Drama Korea Ringan dan Segar untuk Pemula

20 Drama Korea Ringan dan Segar untuk Pemula

0

Bagi mereka yang baru sahaja mahu berjinak-jinak menonton drama Korea, pasti masih bingung untuk membuat pilihan menonton drama mana di antara ribuan drama yang sudah ditayangkan bukan?

Berikut ini adalah beberapa buah drama korea yang agak ringan dengan jalan cerita yang segar, khas buat anda yang baru sahaja berminat untuk menonton Kdrama.

Walaupun ceritanya ringan, drama-drama Korea ini dijamin tetap menghiburkan dan mempunyai daya tarikan tersendiri! Jom sama-sama kita lihat!

1. Love to Hate You (2023)

Drama koreaDrama Love to Hate You adalah salah sebuah drama Korea ringan untuk anda yang wajib ditonton. Selain boleh dicari di Netflix, Kdrama yang dibintangi oleh Yoo Teo dan Kim Ok Bin ini cuma mengandungi 10 episod sahaja!

 

2. What’s Wrong with Secretary Kim (2018)

dbfa2559 e227 48ed 934d 5356e23a78faDrama Korea ini mengisahkan tentang Lee Young Joon (Park Seo Joon), seorang majikan yang narsistik dan hanya memikirkan tentang dirinya sahaja. Dia mempunyai seorang setia usaha penyabar yang bernama Kim Mi So (Park Min Young) yang telah mengabdikan diri padanya selama 9 tahun.

 

3. A Business Proposal (2022)

f6794f36 4949 481f 8a0e 06a2a81e0988Buat anda yang baru ingin mula mencuba untuk menonton Kdrama, A Business Proposal adalah sangat sesuai. Walau jalan cerita penuh kisah klise tentang jodoh, cinta si kaya dan si miskin, salah faham, dan pelbagai konflik cinta, namun semuanya dikemaskan dengan baik dan cukup menghiburkan. Kim Se Jong, Ahn Hyo Seop, Seol In Ah dan Kim Min Gue, berjaya memberi lakonan cemerlang dalam drama Korea ringan ini.

 

4. Her Private Life (2019)

67066977 8e33 4023 9ade 5689e1f3055bDari luar, Sung Deok Mi (Park Min Young) kelihatan seperti orang biasa. Mempunyai karier sebagai kurator seni. Namun, dalam diam dia mempunyai rahsia sebagai pengelola fansite untuk artis Cha Shi An (One). Kehidupannya berubah ketika Ryan Gold (Kim Jae Wook) pengarah baru di galeri seni itu muncul!

 

5. King The Land (2023)

15fec820 224a 47c0 99b1 dfb9e4c4aca1Drama Korea ringan ini menceritakan kisah cinta antara seorang chaebol dan pekerja hotel. Goo Won (Kim Junho) tidak suka melihat senyuman palsu, sementara Cheon Sa Rang (Yoona SNSD) adalah seorang gadis yang selalu tersenyum tulus.

 


6. Semantic Error (2022)

8ca689a9 c1e9 4573 bcb2 17af3316cd39Bermula dari niat mengajar junior yang dianggapnya kurang ajar, Jang Jae Young (Park Seo Ham) akhirnya jadi ingin tahu tentang Chu Sang Woo (Park Jae Chan). Jang Jae Young yang popular dan Chu Sang Woo pula pintar tetapi pendiam.

 

7. Racket Boys (2021)

de2678f3 0df4 4054 8b61 ad44343faba9Drama Korea ini menceritakan tentang perjuangan para atlet badminton muda di Haenam. Dulu dia seorang atlet berpotensi, kini Yoon Hyun Jong (Kim Sang Kyung) hidup susah dan akhirnya memutuskan untuk menerima tawaran menjadi jurulatih badminton di sebuah sekolah.

 

8. Hometown Cha Cha Cha (2022)

7ea103c7 8bd2 4f03 abe2 7b3c3956d475Seorang doktor gigi memutuskan untuk pulang ke kampung halaman dan membuka klinik di sana. Kehidupannya berubah sejak bertemu seorang pekerja yang digelar Hong Bang Ja di desa tersebut.

 

9. Crash Course in Romance (2023)

9e52f60c c0f1 4755 b09e 907d78bbf4d2Memilih tusyen menjelang ujian kemasukan ke universiti adalah perkara besar bagi masyarakat Korea Selatan. Tidak hairanlah jika Nam Haeng Soon (Jeon Do Yeon) berusaha sekuat tenaga untuk memasukkan anaknya ke kelas tusyen guru terkenal, Choi Chi Yeol (Jung Kyung Ho). Terasa sederhana, namun kisah mereka berkembang menjadi sesuatu yang bukan hanya lucu, tetapi juga sangat mengasyikkan! Turut dibumbui sedikit misteri, Crash Course in Romance tetap tergolong dalam drama ringan yang wajib ditonton.

 

10. Dali and the Cocky Prince (2021)

f3ec205b 31f8 4b86 80c6 80505ab95903Lagi Kdrama dengan cerita cinta antara si kaya dan si miskin. Bezanya, walau berasal dari kelas ekonomi pertengahan, Moo Hak pandai menguruskan kewangan. Sementara itu, walau lahir dari keluarga kaya raya, Da Li muflis sejak ayahnya meninggal dunia.

 

11. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (2016)

63b3639c b828 4fb4 8506 371c2940c3a9Jung Joon Hyung (Nam Joo Hyuk) dan Kim Bok Joo (Lee Sung Kyung) merupakan pelajar sukan yang sedang berusaha untuk mencapai impian mereka masing-masing. Cerita mereka boleh membuatkan anda tersenyum sendiri.

 

 

12. Run On (2020-2021)

be2aa5c9 1091 4034 86e6 e6678be29ddfWalaupun drama Korea ringan ini agak underrated, Run On merupakan salah satu drama yang wajib anda tonton kerana mempunyai jalan cerita yang sangat ringan. Dibintangi oleh Im Siwan dan Shin Se Kyung, drama ini sangat menarik kerana boleh ditonton tanpa membuatkan anda memerahkan otak!

 

13. Fight for My Way (2017)

8791f1ba 9dfb 4e72 8af3 edf43d4d9c7aFight for My Way adalah Kdrama ringan yang menampilkan adegan-adegan penuh tawa ria. Terutama melalui aegyo atau gaya comel yang dilakukan oleh para pelakon. Drama ini juga tidak mempunyai cerita yang berat.

 

14. Because This is My First Life (2017)

bf516a13 6e3e 4515 b1a8 ca982a6bb922Kdrama Because This is My First Life menyajikan cerita yang dekat dengan kita sehingga tidak perlu berfikir dengan dalam tentang jalan ceritanya.

 

15. Still 17 (2018)

e74479bb 5b4f 4537 a8b7 3a4bd71af0fbDrama Korea ringan ini menceritakan tentang Woo Seo Ri (Shin Hye Sun) yang mengalami koma selama 13 tahun akibat kemalangan. Manakala Gong Woo Jin (Yang Se Jong) pula mengalami trauma 13 tahun yang lalu.

 

16. Reply 1988 (2015-2016)

bcf4d762 2ec6 4a01 a3c5 d1d8f574a02dDrama Reply 1988 merupakan salah satu drama Korea ringan yang disukai ramai orang kerana ceritanya yang relatable dengan kehidupan seharian. Selain itu, drama ini juga memaparkan adegan-adegan lucu dan pasti membuatkan anda tertawa sewaktu menonton.

 

17. Record of Youth (2020)

10beac39 12f5 4c2c 91a7 a7c9c0b51c68Record of Youth menceritakan tentang Sa Hye Jun (Park Bo Gum) yang merupakan seorang model dan berusaha untuk menjadi pelakon. An Jeong Ha adalah seorang make-up artist. Kedua-duanya bertemu di bidang yang sama dan menghadapi rintangan hidup bersama.

 

 

18. Descendants of the Sun (2016)

1bcd3cd0 2e0a 4119 afc6 ff444495473aDrama ini merupakan drama yang paling banyak dibicarakan, bahkan sampai sekarang. Drama ini menceritakan tentang seorang tentera (Song Joong Ki) dan doktor (Song Hye Kyo) yang bertemu sewaktu melakukan misi di Uruk. Mereka saling jatuh cinta!

 

19. Touch Your Heart (2019)

aeea89c5 1715 4922 b12d aceea919a714Drama ini menceritakan tentang Oh Yoon Seo (Yoo In Na) yang merupakan pelakon namun sudah tidak laku kerana lakonannya teruk. Dia perlu bekerja di firma guaman untuk mendapatkan watak yang diingini. Di situlah, dia bertemu dengan Kwon Jung Rok (Lee Dong Wook) seorang peguam yang handal.

 

20. So I Married An Anti Fan (2021)

583a2e6a f3eb 4967 b7ff 58565f6853d4 1Akibat sebuah insiden yang membuatkan Lee Geun Young (Sooyoung SNSD) dipecat, dia melakukan aksi demonstrasi di depan agensi Who Joon (Choi Tae Joon). Oleh sebab itu, Geun Young dikenal sebagai anti-fan.

Demikian sahaja cadangan 20 buah drama Korea dengan jalan cerita yang ringan dan segar khas buat anda yang baru sahaja bermula untuk menonton Kdrama. Hati-hati, sekali anda terjebak, mungkin anda akan ketagih untuk menonton drama-drama Korea tanpa henti!

Baca lagi: 10 Kdrama dengan Penonton Paling Ramai 2023, Berdasarkan Data Nielsen
Baca juga: Pengakhiran A Bloody Lucky Day, Siapa yang Kecundang?