Kerajaan China mengharamkan lelaki berperwatakan feminin di TV dan mengarahkan pihak penyiaran supaya lebih gigih mempromosikan ‘budaya revolusioner’ dan mengawal selia moral rakyat.

Menurut USA Today, kerajaan negara tersebut bimbangkan pengaruh ‘lelaki cute dan bergaya feminin’ daripada hiburan Korea Selatan dan Jepun menular ke bintang pop di China dan gagal untuk menggalakkan anak muda di China supaya jadi lebih macho.

Selain itu, penyiar turut perlu elakkan mengetengahkan ‘selebriti internet yang tiada sivik’, anak-anak selebriti dan kekayaan mereka di skrin TV. Sebaliknya program seperti budaya tradisional China dan sosialis harus digiatkan lagi.

SCMP via Harian Metro melaporkan garis panduan itu juga meminta pengulas menyebarkan nilai positif, serta persatuan hiburan internet dan televisyen diminta menyediakan latihan dan disiplin kendiri.

Walaupun dokumen itu mendapat sokongan banyak pihak namun ada yang menyifatkan ia hanya mengundang masalah.

“Ekspresi jantina seseorang individu tiada kaitan dengan bakat, karakter atau sumbangan mereka kepada masyarakat.

“Ini diskriminasi terhadap mereka yang bersifat lembut secara semula jadi,” kata Ah Qiang, pekerja pertubuhan yang berdepan golongan minoriti seksual.

Di samping itu, kerajaan pimpinan Presiden Xi Jinping itu turut mengawal ketat industri di China. Baru-baru ini Weibo Corp, sebuah platform blog mikro telah menyekat ribuan akaun kelab peminat dan berita hiburan

Kerajaan turut melancarkan anti-monopoli, pegang data sekuriti serta menguatkuasakan tindakan ke atas banyak syarikat permainan video, sosial media dan e-dagang termasuk ‘jerung besar’ seperti Tencent Holding dan Alibaba Group. Parti pemerintah risau syarikat ini terlalu besar dan bebas.

 

Previous articlePeminat Hadiahkan Jungkook BTS Model Reka Bentuk Pentas Untuk Lagu ‘Still With You’
Next articleIni Sebab Kenapa Orang Korea Tak Perlu Pakai Deodoran