Home Lifestyle Ini Sebab Kenapa Orang Korea Tak Perlu Pakai Deodoran

Ini Sebab Kenapa Orang Korea Tak Perlu Pakai Deodoran

0

Bagi sesetengah orang, memakai deodoran merupakan amalan wajib selepas berus gigi, cuci muka dan mandi bersabun serta syampu.

Berlainan pula dengan kebanyakan orang Korea apabila mereka tidak perlu runsing akan bau badan dari ketiak yang lecak berpeluh.

CvAaIOfVMAAbTDv

Hal ini kerana orang Korea “bermutasi secara genetik” di mana mereka mempunyai masalah berkeringat lebih sedikit berbanding umat manusia di tempat lain, menurut kajian.

Memetik laporan Korea Times, sebuah penyelidikan di University of Bristol mendapati hanya 0.006 peratus penduduk Korea yang mempunyai gen ABCC11 iaitu penyebab utama masalah bau badan.

Penelitian ini berdasarkan Pangkalan Data Frekuensi Allel (ALFRED), sebuah pangkalan data gen yang diwujudkan oleh Universiti Yale. Penyelidik mengatakan nisbah warga Korea yang mempunyai gen berkenaan adalah yang terendah di dunia.

“Gen ABCC11 secara asasnya akan menentukan sama ada anda menghasilkan bau ketiak atau tidak,” kata Ian Day, ahli epidemiologi genetik di University of Bristol dalam artikel tulisannya mengenai gen ABCC11 di Livescience, sebuah laman web berita sains.

“Kajian menunjukkan bahawa hanya 2 peratus orang Eropah yang kekurangan gen berbau, manakala kebanyakan orang Asia Timur dan hampir semua orang Korea pula tak banyak yang ada gen ini.”