Pelakon cantik terkenal Korea Selatan, Park Shin Hye kini sedang hamil anak pertama. Park Shin Hye juga memutuskan untuk berehat dari dunia hiburan buat sementara waktu.

Baru- baru ini, Park Shin Hye dan Choi Tae Joon dilihat sedang menikmati percutian mereka di Hawaii.

Park Shin Hye sempat berkongsi salah satu detik di Hawaii menerusi akaun Instagram peribadinya. Gambar itu kelihatan seperti ditangkap melalui kaca dan dilihat sedang menikmati makanan.

Screenshot 2022 03 22 152927

Kini, akhirnya terbongkar satu lagi detik Park Shin Hye dan suaminya sedang menikmati percutian mereka dengan bermain golf di Hawaii.

Yang menariknya, pasangan suami isteri yang terkenal itu tidak teragak-agak untuk mempamerkan gambar bersama salah seorang peminat mereka.

Artikel Berkaitan: Ratu K-Drama Dan 5 Drama Terbaiknya Yang Perlu Anda Tonton

 

Di dalam gambar tersebut, peminat akhirnya perasan akan kewujudan ‘baby bump’ Park Shin Hye. Ini adalah kali pertama perutnya dilihat oleh orang awam dan telah membuat peminatnya berasa teruja.

“Akhirnya nampakpun baby bump,” kata seorang peminat. “Ahhhhh nak menangis, seronok tengok baby bump Shin Hye,” kata seorang lagi.

 

Previous articleYouTuber Korea Ini Meninggal Dunia, Sempat Selamatkan 6 Nyawa
Next articleBerapa Harga Pihak K-Drama ‘Vincenzo’ Caj Untuk Iklan Kopiko