Seorang YouTuber Korea yang menghiburkan 80,000 pengikutnya menerusi muzik meninggal dunia secara mengejut, lapor Insight.

Ji Tae-sun, 26 dilaporkan terjatuh di dalam bilik air dan kepalanya terhantuk sebelum tidak sedarkan diri. Ketika dikejarkan ke hospital, doktor mendiagnosis dia mengalami kematian otak.

Mendengarkan khabar itu, ahli keluarganya mengambil keputusan untuk menandatangani kebenaran Ji menderma jantung, paru-paru, pankreas dan kedua-dua belah buah pinggang kepada orang yang memerlukannya.

Usai mendermakan organnya kepada 6 orang, Agensi Pendermaan Organ Korea Mengesahkan Ji Tae Sun meninggal dunia.

Sementara itu, terdapat video yang dimuat naik pada hari sebelum insiden itu berlaku.

“Ini mungkin lagu terakhir daripada mendiang yang dimuat naik di YouTube. Ia amat memedihkan namun saya perlu melepaskannya. Anakku Tae Sun…” kata Ji Ji Bong, bapa mendiang Tae Sun.

Previous articleRamai Yang Terkejut Apabila Mengetahui Berat Badan Pelakon Shin Ji Soo Selepas Bersalin
Next articlePeminat Teruja Nampak ‘Baby Bump’ Park Shin Hye