Home Business Berapa Harga Pihak K-Drama ‘Vincenzo’ Caj Untuk Iklan Kopiko

Berapa Harga Pihak K-Drama ‘Vincenzo’ Caj Untuk Iklan Kopiko

0

Kopiko merupakan salah satu gula-gula kegemaran rakyat Malaysia sejak sekian lama dengan rasa kopinya. Ramai menyangka Kopiko merupakan jenama dari Malaysia tetapi sebenarnya ia adalah produk dari Indonesia.

Gula-gula Kopiko pernah membuat kemunculan dalam drama Korea, Vincenzo yang telah tamat sejak pertengahan tahun lalu dan babak tersebut menarik perhatian ramai terutama sekali peminat drama Korea dari Asia.

Menurut Investopedia, PPL (product placement) atau peletakan produk adalah bentuk pengiklanan atau promosi sesuatu jenama menerusi produksi filem atau rancangan televisyen untuk target khalayak ramai. Teknik pemasaran ini seringkali dijumpai dalam drama Korea.

Persoalan yang menarik minat ramai adalah berapakah kos yang perlu dikeluarkan untuk mengiklankan produk Kopiko dalam adegan drama Vincenzo?

https://www.youtube.com/watch?v=4_T97HYmia4

Seorang pengguna Twitter kendalian @Delon_Tio membongkar bajet iklan gula-gula kopi yang muncul dalam drama tentang mafia tersebut.

Menurutnya, pengusaha Kopiko menghabiskan sekitar Rp5 juta (dianggarkan RM 1.5 juta) untuk menampilkan produk itu sebanyak empat kali dalam drama Vincenzo.

“Harga dicaj sekitar 200 juta Won atau kira-kira 2.5 miliar Rupiah (hampir RM 700,000) untuk 2x scenes. 4 scenes berarti total sekitar 5 miliar Rupiah.” tulis @Delon_Tio.

Informasi ini didapati daripada seseorang yang bekerja menguruskan sponsor drama tersebut.

3983993288

Menerusi tangkap layar yang dikemukakan, tertera perbualan di antara Delon dengan kenalannya yang mendedahkan pakej iklan untuk muncul dalam adegan drama kelas A seperti Vincenzo harganya adalah sekitar 200 juta Won.

Kesimpulannya, biaya yang perlu dibayar untuk mengiklankan produk di dalam drama Vincenzo mungkin boleh buat beli rumah.