Home Entertainment Peminat Sanggup Menyamar Jadi Jennie Demi ‘Spoiler’, Ini Balas Jisoo

Peminat Sanggup Menyamar Jadi Jennie Demi ‘Spoiler’, Ini Balas Jisoo

0

Jisoo BLACKPINK (Black Pink) sebelum ini pernah member ‘hint’ tentang debut solonya yang tidak lama lagi.

Tetapi bukan itu sahaja, dia juga disyaki telah memberikan spoiler untuk kemunculan semula kumpulan yang sangat dinanti-nantikan itu. Betul ke?

blackpink seasonsgreetings 2021

Minggu lalu, Jennie berkata bahawa Blackpink kini sedang berusaha keras untuk kemunculan semula mereka yang akan datang.

Sejak dari itu, Blink (peminat blackpink) tidak sabar-sabar untuk mengetahui butiran perkara yang sedang diusahakan oleh ahli Blackpink itu.

unnamed 4

Salah satu Blink Korea telah memutuskan untuk mengambil tindakan sendiri karena para member sendiri tidak memberikan sebarang detail tentang ‘comeback’ mereka.

Dia kemudian dengan yakin dan kelakarnya telah berpura-pura menjadi Jennie dengan harapan Jisoo akan memberikan petunjuk tentang comeback.

unnamed 2 1

Dengan menyamar sebagai Jennie, peminat bertanya, “Jisoo unnie, ini saya Jennie. Apa tajuk lagu kita lagi?”

unnamed 3

Tetapi sudah tentu, Jisoo tidak tertipu. Dia membalas komen dengan berkata, “Percubaan yang bagus.” Ramai orang percaya bahawa peminat itu mesti telah membuatkan Jisoo ketawa.

Sumber: Koreaboo