Isu tentang berat badan idola KPOP sentiasa menjadi salah satu topik yang paling banyak dibincangkan.

Untuk kelihatan cantik di hadapan kamera, kebanyakan idola perlu menjalani rutin diet yang sangat ketat.

original

Ramai orang menganggap kurus adalah lambang kecantikan di Korea. Walau bagaimanapun, ada yang berbeza pendapat, dengan mengatakan bahawa idola yang terlalu kurus kelihatan lesu dan tidak bertenaga.

Topik berkaitan bentuk badan Yuna (ITZY) telah mendapat perhatian yang besar di kalangan komuniti atas talian Pann.

Capture

Gambar- gambar yang dimuatnaik merupakan gambar disaat Yuna sedang membuat persembahan di atas pentas.

itzy yuna 02022022 3

Di dalam ‘post’ tersebut banyak yang memberikan komen yang negatif tentang tubuh badannya.

Peminat berasa bimbang melihat tulang rusuknya yang amat ketara semasa persembahan “Mafia In The Morning” dan “LOCO”.

1643734390 image 1

Ada yang memberi komen, “Yuna kelihatan tidak bertenaga dan dia sepatutnya menambahkan berat badannya”

Untuk menepis pendapat dan komen negatif daripada netizen, peminat Yuna menegaskan bahawa tulang rusuk idola lain turut kelihatan semasa persembahan.

740full yuna itzy

Malah Yuna memang nampak kurus tetapi dia tidaklah terlalu kurus dan tidak sihat.

Yuna sentiasa disebut dalam senarai idola generasi ke-4 KPOP yang memiliki pinggang kecil dan ‘ratio’ badan yang sempurna.

unnamed 2

Beberapa komen netizen:

  • Badannya kelihatan lebih sihat semasa hari debutnya
  • Bukan sahaja pinggangnya malah lengan dan kakinya juga sangat kurus
  • Tinggi Yuna ialah 172cm tetapi beratnya cuma 46kg. Dia terlalu kurus
  • Bahagian tulang rusuk mereka memang akan kelihatan ketika melakukan tarian tersebut. Gerakan tarian itulah yang membuatkan dia kelihatan lebih kurus

Sumber: Kbizoom

Previous articleKalah Bertaruh Dengan Peminat, HaHa Running Man Cukur Rambut
Next articlePeminat Sanggup Menyamar Jadi Jennie Demi ‘Spoiler’, Ini Balas Jisoo