Home Entertainment Lee Kwang Soo Main Permainan Stail ‘Running Man’ Dengan Anak Saudaranya

Lee Kwang Soo Main Permainan Stail ‘Running Man’ Dengan Anak Saudaranya

0

Kelihatan pelakon dan penghibur Lee Kwang Soo bermain permainan seperti ‘Running Man’ dengan anak saudaranya.

Pada 1 Februari, Kwang Soo memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram. Ketika itu merupakan hari Seollal, sambutan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar dan salah satu cuti terbesar di Korea.

Salji turun dengan lebatnya pada hari berkenaan dan kelihatan Kwang Soo mengejar anak saudaranya yang melarikan diri dalam salji menerusi foto pertamanya.

ljj

Kemudian dalam foto seterusnya, Kwang Soo menangkap anak saudaranya yang cuba lari, dan mereka berbaring di atas tanah yang diliputi salji. Walaupun ditangkap, anak buahnya kelihatan sangat seronok bermain.

Menerusi foto ini, Kwang Soo menulis, “Berperang salji dengan anak saudara saya.”

drrt

‘Pertarungan salji’ mereka mengingatkan semua orang tentang permainan kejar-mengejar yang ikonik dalam rancangan televisyen SBS ‘Running Man’, di mana Kwang Soo pernah menyertainya selama bertahun-tahun sebelum mengundur diri.

Di bawah post tersebut, peminat meninggalkan komen-komen seperti berikut:

“Itu betul-betul stail ‘Running Man’!”

“Lee Kwang Soo bakal menjadi seorang ayah yang baik!”

“Anak saudaranya sangat bertuah kerana Kwang Soo jadi pakcik dia.”

Sumber: SBS