Home Reality Show Jae Suk Terkedu Bila Pekerja Perkhidmatan Kurier Warga Emas Ini Dedah Nilai...

Jae Suk Terkedu Bila Pekerja Perkhidmatan Kurier Warga Emas Ini Dedah Nilai Pendapatannya

0

Namanya Cho Yong-moon, merupakan seorang pekerja perkhidmatan kurier di stesen tren bawah tanah merangkap blogger berusia 82 tahun.

1 1

Baru-baru ini beliau dijemput menjadi tetamu dalam rancangan TV, ‘You Quiz on the Block’ kendalian Yoo Jae-suk dan Jo Se-ho. Dalam program TV ini, kedua-dua hos itu meneroka masyarakat dengan berjumpa macam-macam orang. Mereka menemu bual dengan tetamu istimewa bagi mendengar kisah hidup mereka.

Young-moon sudah 13 tahun menceburi sektor penghantaran ini. Ceritanya, kadang kala beliau duduk di kerusi platform selama dua jam bagi menunggu order penghantaran.

Apabila ditanya berapa pendapatan hariannya, Young-moon jawab, “Kalau hantar 2-3 barang, untung bersih dapatlah dalam 20,000 won (hampir RM 70).”

“20,000 won?” tanya Jae Suk terkejut.

“Aah, banyak juga duit tu kan?” balas Young-moon, buatkan Jae Suk hilang kata-kata.

23

“Dulu pernah banyak sangat barang, income pun naik sampai 50,000 won- 60,000 won (RM 174-RM 208) sehari.” ujar lelaki berusia itu lagi.

“Tetapi sekarang hanya mampu dapat separuh dari income itu.” katanya lagi, mengundang simpati orang di sekeliling yang mendengarnya.

Ketika ditanya apa reaksi keluarga, Young-moon berkata anak perempuannya memintanya berhenti bekerja kerana bimbangkan kesihatannya.

“Tapi saya tak nak sebab bertambah sakit kalau berjoli je.” kata Young moon sambil tergelak kecil.

“Bila fikir-fikir kan, masa keluar dari rumah dan hanya duduk menunggu, banyak juga tu 20,000 won.” kata Jae Suk.

knh

Sambil tersenyum Yong Moon berkata, “Bagi saya, jumlah duit 20,000 won itu tetap banyak. Sekiranya kamu tak bergerak, tak bekerja, mana nak datangnya duit itu kan?”

25

Ramai Warga Emas Di Seoul Masih Bekerja

Menurut laman Today Online, memang betul ramai warga emas bekerja sebagai penghantar barang di stesen metro. Difahamkan orang Korea masih bekerja meskipun sudah lanjut usia menjangkau 70-an.

fjl

Hal ini kerana bayaran gaji di syarikat-syarikat Korea berdasarkan umur dan seniority atau kekananan. Enggan bayar lebih dan memegang lagi pekerja senior, ramai pekerja disuruh pencen pada sekitar pertengahan hingga akhir 50-an walaupun belum mempunyai simpanan cukup untuk bersara.

Pilihan untuk cuba memasuki semula dalam pasaran kerja juga terhad, ada sesetengahnya ditolak dari berjawatan dan bergaji tinggi ditawarkan jadi rendah. Perlu melupakan zaman kegemilangan kerjaya mereka.

Lantas peluang menaiki kereta api percuma untuk penumpang berusia 65 tahun ke atas dimanfaatkan sepenuhnya golongan warga emas bagi membuka peluang pekerjaan.

Pihak kerajaan Korea membantu mereka mengasah skil dan melatih untuk peranan seperti kurier, pembantu parkir kereta, pembersih bangunan dan pustakawan.

“Anak kawan saya pernah nampak saya makan snek di stesen metro. Tapi saya tak malu langsung. Kita kena bangga apa saja yang kita tengah buat sekarang ni.”