Seorang pelarian Korea Utara meluah pandangan jujurnya tentang masyarakat Korea Selatan dari sudut perspektif seseorang yang baru terdedah kepadanya.

Kim Jung Kook bercerita bahawa dia telah melarikan diri dari Korea Utara sejak enam tahun lalu dan menetap di negara baharu itu.

aaa

Sepanjang tempoh itu, dia memerhatikan sikap masyarakat Korea Selatan. Apa yang menjadi kejutan budaya baginya adalah budaya memaki.

“Orang-orang di sini (Korea Selatan) kalau bab mengutuk, provokasi tiada limit, memang habis-habisan.” katanya.

“Semasa saya main game LOL (League of Legends), mereka banyak menyumpah seranah semasa bersembang. Di Korea Utara, tiada siapa yang pernah mengutuk ibu bapa anda. Ketika mula-mula datang sini, saya terkejut dengar orang mengutuk ibu bapa orang lain.

Orang ingat carutan dari Korea Utara itu lebih dahsyat. Memang ya, tapi ia lebih innocent dan suci. Tapi di sini, mereka macam nak bunuh orang dengan kata-kata.”

vvv

Dia turut komen yang hal ini kemungkinan kerana orang ramai terdedah kepada kandungan media yang provokatif, jadi dia berasa semua orang patut bertenang.

Baca lagi: 5 Filem Dari Korea Utara, Tak Nak Kalah Dengan Korea Selatan

Baca lagi: Kena Prank Dengan Abang, Peminat BTS Ini Dapat Kejutan Hari Jadi Tema Presiden Korea Utara

Apa yang menarik, terdapat sesetengah warga Korea Selatan yang tidak menafikan kata-kata lelaki Korea Utara itu. Rata-ratanya memberi komen:

“Saya tak boleh tak bersetuju. Masyarakat kita ni memang sangat terdedah kepada perkara-perkara yang provokatif.”

“Semua perkara yang dia katakan tentang masyarakat kita sangat betul.”

“Masyarakat kita cenderung untuk mengutuk, hal ini menyebabkan pergaduhan, fitnah tanpa semak terlebih dahulu dan jadi masalah besar.”

Sumber: [1]

Previous articleGiliran Jae Suk Pula Diserang Netizen China
Next articleBiodata & Perkara Menarik Tentang Gong Yoo Yang Tak Ramai Tahu