Home Movie 5 Filem Dari Korea Utara, Tak Nak Kalah Dengan Korea Selatan

5 Filem Dari Korea Utara, Tak Nak Kalah Dengan Korea Selatan

0

Sejak bercerai dengan Korea Selatan, Korea Utara juga tidak mahu kalah bikin filem terutamanya menerusi Korean Film Studio. Studio filem utama ini terletak di Pyongyang dan menjadi tarikan pelancong sekiranya berkunjung ke negara itu.

Berikut filem-filem yang bagus untuk memahami Korea Utara termasuk dari segi budaya dan politiknya:

1. The Story of Our Home

Filem yang diterbitkan pada 2016 ini berdasarkan kisah benar. Dibintangi oleh Paek Sol Mi dan diarahkan oleh Ri Yun Ho, ia mengisahkan seorang gadis berusia 18 tahun yang mendedikasikan seluruh hidupnya untuk menjaga kanak-kanak yatim piatu. Filem ini memenangi hadiah utama dalam Festival Filem Pyongyang.

2. Pulgasari

Mungkin ini merupakan salah satu filem Korea Utara paling terkenal. Filem gaya Godzilla yang berlatarkan zaman dulu ini menceritakan sekelompok penduduk kampung yang ditindas oleh gabenor yang mahu merampas tanah mereka. Tukang besi yang dipenjarakan kemudiannya mencipta raksasa hidup dan bawa malapetaka. Filem ini juga dikeluarkan secara komersial di Jepun, diarahkan oleh Shin Sang-ok dan sebahagiannya difilemkan di Beijing.

Rancak campaign 1640x614 1 11

3. Hong Kil Dong

Hong Kil Dong diadaptasikan daripada buku Korea yang ditulis pada abad ke-16. Filem ini memaparkan Kil Dong, anak luar nikah kepada seorang bangsawan. Tidak dianggap anak oleh bapanya, dia terpaksa meninggalkan rumah sebelum diserang penyamun. Seorang tok guru seni bela diri selamatkannya dan mengajarnya cara berlawan.

4. The Flower Girl

The Flower Girl merupakan sebuah filem klasik dalam dunia perfileman Korea Utara. Filem ini turut popular di luar negara dan pernah menang dalam Festival Filem Antarabangsa Karlov Vary di Republik Czech.

Filem ini diterbitkan pada tahun 1972 hasil tangan oleh Kim Il Sung. Ia memaparkan kehidupan seorang gadis berasal daripada keluarga miskin yang tinggal di kawasan luar bandar di Korea dan dijajah Jepun. Bagi menampung kos perubatan ibunya, dia mesti menjual bunga.

5. Comrade Kim Goes Flying

Filem komedi romantik ini merupakan kerjasama antara Belgium-British-Korea Utara dan penggambaran dijalankan di Pyongyang. Ia mengisahkan Kim Yong Mi, seorang pelombong arang batu di Korea Utara yang bercita-cita menjadi artis trapeze.

Namun impiannya dihancurkan oleh bintang trapeze sombong iaitu Pak Jang Phil yang kata pelombong sepatutnya duduk di bawah tanah, bukan meluncur di udara. Bagaimanapun perkataan putus asa tiada dalam kamus hidup Kim.

Sumber: Koryo Studio