Nama Sebenar: Gong Ji Cheol

Nama glamor: Gong Yoo

Lahir tahun: 1979

1 9

Berasal dari: Busan

Nenek moyang: Keturunan Confucius, ahli falsafah Cina terkenal dalam sejarah (generasi ke-79).

Latar Belakang Akademik: Sarjana Muda Seni (Teater), Universiti Kyung Hee. Selepas grad, dia terjun ke dalam industri hiburan sebagai DJ.

Nilai pendapatan: Sekitar 2 juta dollar pada 2021

6 4

Perancangan masa depan: Bercita-cita untuk lebarkan sayap dalam kerja-kerja di belakang tabir seperti penerbitan dan pengarahan. Mahu mempersembahkan cerita yang unik dalam industri sengit ini.

Ciri-ciri wanita idaman: Berperwatakan seperti kucing; berdikari, proaktif dan buat hal sendiri

Kawan baik: Lee Dong Wook

5 6

Perkara lain-lain tentang Gong Yoo:

  • Aktor ini mengaku yang dia seorang penakut. Semasa di set penggambaran ‘Train to Busan, pelakon utama ini kata dia tak perlu berpura-pura takut dalam filem itu kerana dia sememangnya berada dalam ketakutan semasa babak diserang zombi.

2 8

  • Sukakan privasi dan hidup simple.
  • Suka duduk rumah dan memasak
  • Derma $84K semasa gelombang pertama wabak COVID-19 untuk bantu sektor perubatan dan orang kehilangan pekerjaan. Didermakan atas nama sebenarnya supaya tidak diketahui ramai.
  • Lima tahun produksi kejar dia supaya berlakon dalam drama hit ‘Goblin’. Akhirnya dia bersetuju. Sebelum ini dia menolak kerana isu peribadi masa silam yang membuatkan dia takut kepada drama-drama.

7 6

  • Benci bila orang ambil gambarnya setiap kali dia keluar bersiar-siar.
  • Berhati-hati dan berfikir panjang dalam memilih peranannya dalam filem/drama
  • Ketika ditanya siapakah yang akan diselamatkannya semasa zombie apocalypse, jawabnya lebih rela selamatkan 2 ekor kucingnya di rumah.

4 6

Sumber: [1],[2]

Previous articlePelarian Korea Utara Ini Kongsi Sisi Negatif Masyarakat Korea Selatan
Next articleRatu K-Drama Dan 5 Drama Terbaiknya Yang Perlu Anda Tonton