Home Entertainment Pelakon Park Hyungsik Mendedahkan Bagaimana Rasanya Berkawan Rapat Dengan Superstar Dunia BTS...

Pelakon Park Hyungsik Mendedahkan Bagaimana Rasanya Berkawan Rapat Dengan Superstar Dunia BTS V

0

Dalam wawancara baru-baru ini dengan majalah Jepun Mokkan Henshu, pelakon Park Hyungsik berkongsi butiran mengenai persahabatannya dengan ahli BTS Kim Taehyung, aka V.

park hyung sik v e1488641938803

S: Apakah perasaan anda apabila anda melihat rakan anda disayangi di seluruh dunia?

A: Saya masih tidak percaya. Mereka telah memenangi anugerah di pertunjukan anugerah terkenal di Amerika, dan amat mengejutkan apabila melihat penonton di sana turut menyanyi bersama dalam bahasa Korea.

park hyung sik

Tapi bagi saya Taehyung tetap adik saya yang comel. Apabila kami berjumpa, kami akan bergurau senda.

Dari awal perkenalan, dia tidak pernah berubah. Dari segi kerja, dia memang profesional, tapi hari- hari lain dia hanyalah orang biasa.

Sungguh melegakan apabila mengetahui bahawa Taehyung tetap merendah diri walaupun nama BTS semakin popular.

Kedua-dua lelaki itu menjadi kawan rapat selepas berlakon bersama dalam drama bersiri sejarah Korea ‘Hwarang: The Poet Warrior Youth.’

Baca lagi: Seorang ‘Ahjussi’ Menyangka Lee Kwang Soo & The Geng Ahli BTS

Baca lagi: Jungkook BTS Dapat Gelaran “Raja Sold Out”, Ini Sebabnya.

canva photo editor 19

Mereka juga telah menubuhkan kumpulan bernama ‘Wooga Squad’. Selain Hyungsik dan V, turut serta di dalam kumpulan tersebut, pelakon Park Seojoon, Choi Woo-Shik, dan penyanyi Peakboy.

Sumber: Allkpop