Suatu ketika dulu, pernah tular di Korea tentang luahan seorang lelaki yang mengimbas kembali bagaimana Yoo Jae Suk menyelamatkannya semasa melalui hari-hari sukar.

Insiden itu berlaku kira-kira 20 tahun lepas, ketika lelaki itu berkhidmat sebagai tentera dan memutuskan untuk menamatkan riwayat hidupnya. Keluarganya masa itu tengah susah, kawan-kawan pun tiada.

1

Pada hari nak bunuh diri itu, dia ditugaskan untuk mencari manusia yang terjatuh ke dalam lubang dengan menggunakan alat pengesan lombong. Jiwanya makin kacau bila tersedar, duit nak beli tin air coke pada hari terakhirnya itu pun tiada.

Lantas dia pun sambung buat kerja dan dapat rasakan kehadiran seseorang. Bila pusing belakang, rupa-rupanya Jae Suk yang asyik pandang dia!

Lelaki itu pun menyapanya sebagai berbasa-basi dan Jae Suk menyambutnya dengan ramah.

Jae Suk belanja tentera itu dua tin soda dan aiskrim, dan menitipkan kata-kata supaya dia terus berjuang.

3

Tanpa disedari Jae Suk, sebenarnya dia telah bagi nasihat yang amat diperlukan oleh lelaki terbabit.

Lelaki itu pun minum air soda itu sambil menangis sampai penat.

Sejak pertemuan itu, dia membatalkan hasrat untuk bunuh diri dan bekerja keras bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

“Yoo Jae Suk merupakan seseorang yang boleh beri kasih sayang dan pertolongan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

“Sejak hari itu, saya sendiri terkejut dengan perubahan yang saya dapat rasa dalam diri ini.”

Dia mengakhiri tulisannya dengan harapan yang dia dapat bertemu dengan Jae Suk sekali lagi untuk berterima kasih kerana menyelamatkan hidupnya.

Sumber: [1]

Previous articleTiba Di Paris Tanpa Pengawal Keselamatan, Hwa Sa MAMAMOO Dipuji Peminat
Next articlePelakon Park Hyungsik Mendedahkan Bagaimana Rasanya Berkawan Rapat Dengan Superstar Dunia BTS V