Pelakon Kim Woo Bin, Lee Kwang Soo dan Lim Ju Hwan disalah anggap sebagai ahli kumpulan lelaki K-pop hit BTS.

Dalam episod rancangan ‘Unexpected Business 2’, Kim Woo Bin, Lee Kwang Soo dan Lim Ju Hwan tampil sebagai tetamu.

Mereka mengunjungi sebuah pasar raya di luar bandar, tempat rakan baik mereka iaitu pelakon Zo In Sung dan Cha Tae Hyun menguruskannya buat sementara waktu.

Pada hari kejadian, Kim Woo Bin, Lee Kwang Soo dan Lim Ju Hwan diminta menjadi pekerja sambilan di pasar raya tersebut.

201639236 1280

Ketika bertegur sapa di kaunter juruwang, sepasang suami isteri dalam pertengahan umur masuk ke dalam pasar raya itu. Mereka mahu memberi hadiah istimewa kepada Zo In Sung dan Cha Tae Hyun.

201639234 1280

Mereka turut menyediakan hadiah buat para pekerja sambilan. Lantas Kim Woo Bin, Lee Kwang Soo dan Lim Ju Hwan datang menghampiri pasangan itu.

201639235 1280

Ketika melihat mereka bertiga yang disangka sebagai pelanggan biasa, si suami berkata, “Oh, kami buat ini untuk tetamu yang akan bekerja sambilan di sini.”

Kemudian Zo In Sung dan Cha Tae Hyun menjelaskan bahawa mereka bertiga itulah sebenarnya tetamu dalam rancangan TV itu.

Masih tidak dapat cam dan mengenali siapa mereka, pelanggan wanita itu pun bertanya kepada tiga orang pelakon itu, “Kamu semua ni siapa?”

“Kami pun tak kenal sangat mereka ni, kumpulan K-pop lelaki baru. Mereka baru je debut.” kata Zo In Sung dengan nada bergurau sambil menunjuk ke arah tiga pekerja sambilan itu.

“Mereka ni betul-betul popular di Amerika sekarang.” sambungnya lagi.

Pelanggan lelaki dalam lingkungan 50-an itu pun mencelah, “Saya tak tahu sangat pasal K-pop ni. Adakah mereka BTS?”

Cha Tae Hyun terus respons sebelum ketawa, “Mereka sebenarnya BBS, ditubuhkan untuk mengalahkan BTS dalam industri.”

201639237 1280 1

Sumber: SBS

Previous articleNetizen Korea ‘Wow’ Bila Lihat Rupa Sebenar Rumah Jay Park
Next articleJeongyeon Twice Kembali Beraksi, Peminat Risau Melihat Keadaannya