Home Entertainment Netizen Korea ‘Wow’ Bila Lihat Rupa Sebenar Rumah Jay Park

Netizen Korea ‘Wow’ Bila Lihat Rupa Sebenar Rumah Jay Park

0

Netizen terkejut melihat rupa sebenar rumah artis hip-hop Korea-Amerika Jay Park, lapor SBS.

Memandangkan Jay Park terkenal dengan gayanya yang trendy, orang ramai beranggapan bahawa dia tinggal di penthouse mewah dengan hiasan dalaman yang elegan dan unik.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini netizen mendapati Jay Park tinggal di rumah biasa-biasa dan terkejut.

Salah seorang peminat membuat kompilasi foto Jay Park semasa berada di rumah dan memuat naiknya dalam komuniti dalam talian.

201640552 1280

Menerusi foto-foto itu, kelihatan ruang tamu, dapur dan bilik tidur Jay Park. Bahagian dalaman tidak seperti yang dibayangkan, jauh dari kemewahan namun lebih dekat dengan suasana rumah-rumah biasa di Korea.

201640553 1280

Perabot seperti TV, kabinet dan laci dapur dan selimut anjing turut dilaporkan sederhana dan tidak begitu mewah.

201640555 1280

Jay Park memang tinggal di Apgujeong-dong―salah satu kediaman paling mahal di Seoul, tetapi ramai tidak menyangka dekorasi rumahnya begitu sederhana.

Selepas melihat foto-foto tersebut, ramai orang menyuarakan rumah rapper itu lebih kurang sama seperti rumah mereka dan rasa semakin dekat dengan Jay Park, rasa boleh relate.