Home Artis Korea Pelakon Berbakat Besar, Song Ha Yoon dan 6 Watak Menarik yang Dibintanginya

Pelakon Berbakat Besar, Song Ha Yoon dan 6 Watak Menarik yang Dibintanginya

0

Kehebatan lakonan Song Ha Yoon dalam drama menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini. Tambahan pula, dalam episod terbaru Marry My Husband, lakonan Song Ha Yoon kembali menjadi sorotan ramai.

Kali ini, watak yamg dibawa Song Ha Yoon sebagai Su Min yang terus menyalahkan Ji Won atas semua nasib buruk dalam hidupnya menyebabkan wataknya itu dibenci oleh para penonton. Lakonan Ha Yoon dianggap berkesan dan berjaya melakonkan watak seorang wanita yang sangat menyakitkan hati hingga membuatkan para penonton geram.

Sebelum ini, pelakon wanita ini dikenali melalui drama Fight for My Way, dalam drama tersebut, Ha Yoon membawa watak sebagai pelakon pembantu dengan perwatakan yang sangat baik hati, penuh sifat keibuan, dan sangat polos.

Berikut dibawah ini adalah enam watak-watak yang pernah dibawa oleh Song Ha Yoon, anda dapat melihat perubahan yang dibawa olehnya dari semasa ke semasa bukan?

 

683406e5 8b5c 4e1a b51e 5866ba6aa2f31. Bawa watak sebagai Seol Hee dalam Fight for My Way, Ha Yoon seperti pari-pari yang selalu membantu orang lain dan selalu juga diambil kesempatan oleh orang lain

 

 

5fd0af61 9c44 40ef 8e16 6f930067081b2. Song Ha Yoon juga menonjolkan watak luar biasa dalam drama komedi-fantasi, Sweden Laundry. Pelakon ini bawa watak sebagai gadis yang boleh melihat kebimbangan orang lain.

 

 

c963df2b 9d19 47da 89e5 cbc67c94f4553. Bergandingan dengan Choi Jin Hyuk, Ha Yoon menunjukkan sisi manisnya dalam Devilish Joy. Dia membawa watak sebagai artis yang tidak lagi popular

 

 

4ff03664 1a95 4537 881b 32fddaf3c7b24. Bakat Song Ha Yoon boleh anda tonton dalam My Daughter, Geum Sa Wol. Drama keluarga yang sangat rumit tapi juga sangat menarik

 

 

Song ha yoon5. Ingin melihat gandingan antara Ha Yoon dengan Lee Jun Young? Saksikan Please Don’t Date Him, tentang programmer!

 

 

01f46e1b c329 4dda 9314 0ce829d241556. Watak Song Ha Yoon yang paling memberi kesan dan paling popular. Menjadi bualan warganet di seluruh dunia, dan sering diintai oleh para peminat drama Korea ialah watak perempuan perampas dalam Drama Korea popular Marry My Husband. Wataknya itu dianggap sangat menjengkelkan. Watak sebagai Su Min adalah satu kejayaan buatnya!

Demikian sahaja enam watak Song Ha Yoon yang paling menarik yang pernah dibawanya dalam drama-drama siri Korea Selatan. Populariti pelakon ini meningkat naik sejak drama siri Marry My Husband ditayangkan! Wajah cantiknya kelihatan seperti perempuan sihir kerana watak jahatnya yang sangat berkesan!

Bagi anda, watak Ha Yoon yang manakah yang paling anda ingati?

Baca lagi: 7 Drama Korea 2023 yang Menceritakan tentang Sumpahan, Penuh Fantasi
Baca juga: Nasib Buruk Kang Ji Won Diambil Alih 3 Watak ini dalam Marry My Husband