Home Entertainment Park Shin Hye Park Hyung Sik Bergandingan Semula Selepas 10 Tahun

Park Shin Hye Park Hyung Sik Bergandingan Semula Selepas 10 Tahun

0

5 Fakta Kemunculan Semula Park Shin Hye-Park Hyung Sik, Bergandingan Semula Selepas 10 Tahun!!

Baru-baru ini JTBC telah mengesahkan bahawa Park Hyung Sik dan Park Shin Hye akan berlakon dalam drama terbaru bertajuk Doctor Slump. Tentunya khabar gembira tersebut disambut baik oleh para peminat kedua-dua pelakon ternama Korea Selatan itu.

Doctor Slump merupakan pentas pertemuan semula Park Hyung Sik dan Park Shin Hye dalam sebuah Kdrama untuk pertama kalinya dalam 10 tahun sejak projek hit mereka iaitu The Heirs pada tahun 2013.

Baca Lagi: The Glory Carta Pertama TOP 10 Netflix Di 79 Negara

Jom kita lihat beberapa fakta mengenai comeback (kemunculan semula) Park Hyung Sik dan Park Shin Hye dalam Kdrama Doctor Slump.

1. Gandingan semula selepas 10 tahun lamanya
F825CA9D F0D5 49FF 9CAE 9EC36CCCC463Setelah menyepikan diri dari dunia hiburan kerana melahirkan anak pertamanya, Park Shin Hye akhirnya tela bersiap-sedia untuk kembali beraksi dalam dunia lakonan. Baru-baru ini, JTBC telah mengesahkan bahawa bintang drama The Doctors (2016) itu akan bergandingan dengan Park Hyung Sik dalam drama siri Doctor Slump.

Doctor Slump menjadi reunion Park Hyung Sik dan Park Shin Hye untuk pertama kalinya dalam 10 tahun sejak projek popular mereka iaitu The Heirs pada tahun 2013.

2. Watak dalam drama Doctor Slump
C81EB0E9 BE1F 4BE4 BC71 C31E7880C700Sebelum ini Park Shin Hye membawa watak sebagai Cha Eun Sang dan bergandingan Lee Min Go dalam drama The Heirs. Sementara itu, Park Hyung Sik membawa watak sebagai Jo Myung Soo yang merupakan teman rapat Choi Young Do (Kim Woo Bin) dan Lee Bo Na (Krystal Jung).

Dalam drama Doctor Slump, Park Hyung Sik dan Park Shin Hye dikhabarkan akan menjadi pasangan yang pada awalnya akan saling membenci, tetapi kemudian disatukan sewaktu mereka menghadapi situasi sulit dalam hidup mereka.

3. Pandangan Park Hyung Sik terhadap wataknya
7B1E7574 26F1 435F 8023 3FAC42C7D8DBPark Hyung Sik akan membawa watak sebagai Yeo Jung Woo iaitu seorang pakar bedah plastik yang berdepan dengan krisis kerjaya dalam hidupnya akibat kesalahan medikal yang misteri.

Mengenai projek lakonannya ini, Park Hyung Sik meminta para peminat untuk menanti dengan sabar dan menyokong drama siri tersebut. Dipetik dari Soompi, bintang drama Happines tersebut mengaku bersemangat dengan drama komedi romantik pertamanya ini setelah sekian lama tidak berlakon genre seperti itu.

Saya gugup sekaligus bersemangat kerana ini adalah drama komedi romantik pertama saya setelah sekian lama. Saya berasa senang dan memang bersemangat untuk bertemu dengan Park Shin Hye setelah sekian lama dan bekerja sama lagi,” kata Park Hyung Sik.

4. Pandangan Park Shin Hye terhadap wataknya
5118072C 0BD1 455D A19D 840FBA4AD65FSementara itu Park Shin Hye pula akan membawa watak sebagai Nam Ha Neul iaitu seorang pakar bius yang mengalami masalah CFS (Chronic Fatigue Syndrome). Wataknya ditonjolkan sebagai seorang yang genius sejak dari usia muda dan juga seorang yang terlalu fokus terhadap pekerjaan.

Dipetik dari Soompi, Park Shin Hye juga turut melakukan ulang kaji mengenai wataknya sebagai pakar bius dan bersemangat untuk watak yang dilakonkan dalam drama Doctor Slump.

Sesiapa sahaja boleh mengalami kejatuhan dalam hidup mereka. Saya banyak berfikir tentang bagaimanakah dengan kebijaksanaan seseorang boleh mengatasi saat getir dalam hidup mereka, selain itu kesihatan yang baik juga adalah amat penting untuk meneruskan hidup. Jadi saya cuba untuk memahami watak dah karakter Nam Ha Neul. Saya dapat merasakan sukarnya setiap situasi yang dia alami, jadi saya memang tertarik dengan watak ini. Saya akan bekerja keras sehingga supaya saya dapat memuaskan semua,” kata Park Shin Hye.

5. Alur cerita sangat berkait dengan kehidupan sebenar
AB631C44 7EA7 4D02 A52B 6D28B4E2EB88Drama siri Doctor Slump mengisahkan tentang dua orang yang awalnya saling membenci dan kemudian akan bersatu sewaktu mereka menghadapi situasi paling sulit atau terendah dalam hidup mereka. Rupa-rupanya mereka akan menjadi cahaya dan sinar harapan untuk satu sama lain.

Jalan cerita menarik ini menjadi faktor para peminat tidak sabar-sabar dengan menunggu projek lakonan dari Park Hyung Sik dan Park Shin Hye tersebut. Jalan cerita yang sangat dekat dengan kehidupan manusia masa kini. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini kita pastinya tidak akan terlepas daripada pelbagai masalah yang kadang-kadang tidak boleh ditanggung sendiri.

Drama siri Doctor Slump tentunya akan mengubati rasa rindu para peminat terhadap kedua-dua pelakon pelakon Korea Selatan tersebut. Namun hingga kini, belum ada maklumat yang pasti berkenaan dengan penayangan drama siri JTBC ini. Sabar menunggu!

Baca Juga: 10 Artis Korea Umum Kehamilan Sebelum Berkahwin