Home News Bintang Cilik Malaysia Terlantar Di Hospital Gara-Gara Prank

Bintang Cilik Malaysia Terlantar Di Hospital Gara-Gara Prank

0

Dewasa ini, segelintir rakyat kita semakin menormalisasikan perbuatan ‘prank’ yang dianggap sebagai gurauan dan ada juga menggunakan ia sebagai alasan untuk memberi kesedaran sosial. Yang paling menyedihkan lagi, budaya “prank” ini sering dilakukan oleh influencer-influencer yang dikenali.

Harus ditekankan budaya “prank” terutama yang melibatkan perbuatan sehingga mampu menyebabkan kemalangan amatlah tidak bersesuaian dengan budaya kita apatah lagi jika ia dilakukan dengan keterlaluan.

Baharu-baharu ini menurut pelbagai sumber media Malaysia, bintang dan pelakon kanak-kanak Puteri Rafasya, 12, terlantar dihospital gara-gara menjadi mangsa gurauan “prank” oleh seorang pelakon kanak-kanak lain semasa di set penggambaraan pada 22 Feb 2023 ini.

D47968E3 A45E 4613 A484 EC678714DEAA

Kanak-kanak tersebut yang belum didedahkan namanya telah menarik kerusi Puteri Rafasya ketika dia hendak duduk sehingga menyebabkan punggung Puteri Rafasya jatuh terhempas di atas lantai dan mengenai beberapa peralatan di set ketika itu.

B0922171 28DD 490C B17C ADE2434A9D7B F2EE9E7D 8DE5 4B13 992B 1A6DDD5C2CF5Dalam satu hantaran di Instagram bertarikh 26 Februari, keluarganya mendedahkan Puteri Rafasya mengalami patah tulang di bahagian pinggul dan pinggang. Sistem sarafnya juga tidak berfungsi, mengakibatkan kebas pada anggota badannya sehingga menyebabkan dia tidak boleh berjalan. Puteri Rafasya terpaksa memakai pampers untuk membuang air kecil dan besar.

Sejak kejadian itu, keluarga Puteri Rafasya mengemaskini perkembangannya dari masa ke semasa di laman Instagram milik bintang kanak-kanak itu bagi memastikan para peminat dan media massa menerima maklumat terkini mengenai keadaannya.

Baca Lagi: 13 Filem Hollywood Untuk Ditonton Di Pawagam Pada Mac 2023

Pada 5 Mac 2023, dikhabarkan Puteri Rafasya telah kembali ke rumahnya namun masih tidak dapat berjalan dan masih perlu menggunakan kerusi roda dan memakai pampers.

20948FFC 97F6 4D90 8E77 B3D3973C8BEE

Namun pada 10 Mac baharu ini, Puteri Rafasya terpaksa dikejarkan semula ke Hospital Kuala Lumpur pada jam 3 pagi dan ditempatkan di Zon Kuning kerana mengalami kencing yang mengalir tanpa disedari serta kebas di bahagian kaki. Setelah pemeriksaan lanjut dilakukan, Puteri telah dipindahkan ke Hospital Tunku Azizah untuk rawatan susulan.

1727000D 05C9 4E5E A8E8 0D82474F91B0Puteri kini terlantar di katil, dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Dia juga mengalami masalah inkontinensia kencing, dan memerlukan lampin serta beg air kencing.

Sehingga kini, keluarga Puteri masih belum melihat perubahan positif keadaannya dan memohon doa yang tidak putus-putus dari peminat, rakan-rakan, keluarga dan kenalan Puteri.

Keluarga Puteri juga turut berkongsi menyatakan bahawa mereka masih tidak menerima sebarang bentuk permohonan maaf atau respons daripada keluarga kanak-kanak yang melakukan gurauan “prank” itu.

Keluarga kanak-kanak itu juga disifatkan sebagai “dingin dan tidak munasabah”, kerana tidak memberikan sebarang tindakbalas mahu “bertanggungjawab” atas kemalangan itu.

Semoga Puteri Rafasya diberi kesembuhan segera dan semoga keluarga Puteri juga tabah dan kuat.

Baca Juga: Park Shin Hye Park Hyung Sik Bergandingan Semula Selepas 10 Tahun