Home Artis Korea Park Seo Joon Kini Bercinta Dengan Xooos?

Park Seo Joon Kini Bercinta Dengan Xooos?

0

Park Seo Joon digosipkan sedang menjalin hubungan cinta dengan xooos, seorang YouTuber yang juga merupakan solois Korea Selatan yang berusia 5 tahun lebih muda darinya!

Agensi pelakon terbabit, Awesome Entertainment telah memberikan respon pada 20 Jun 2023. Mereka mengatakan bahawa agak sukar untuk mengesahkan khabar ini kerana perkara ini merupakan kehidupan peribadi artis mereka.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Park Seo-joon digosipkan bercinta dengan xooos. Khabar angin ini mulanya muncul pada tahun 2022 di sebuah forum online Korea Selatan dan China. Netizen memberikan beberapa bukti yang membuatkan mereka yakin bahawa Park Seo Joon dan xooos memang bercinta.

Jom sama-sama kita baca beberapa pendedahan seperti di bawah ini:

Park seo joon1. Park Seo Joon dan xooos pernah bergambar bersama

Pada bulan Julai 2022, Park Seo Joon, Jung Ho Yeon, dan beberapa orang artis Korea yang lain telah diundang untuk menghadiri sebuah acara di London, UK. Mereka sempat bergambar bersama dan ternyata salah seorang yang mencuri perhatian di dalam gambar tersebut adalah xooos.

Gambar tersebut telah dikongsi oleh seorang pereka fesyen yang berasal dari London yang bertemu dengan mereka iaitu Oleg Moscal. Anehnya, tidak lama selepas hantaran tersebut dikongsikan, tiba-tiba sahaja post tersebut telah dipadam.

657e06e0 7b7a 4724 8e2d 56f75d47c0512. Kedua-dua mereka dikhabarkan jalan-jalan bersama di London dan mempunyai kasut yang sama

Maklumat ini beredar di forum-forum online Korea Selatan dan China. Pada waktu yang sama dengan gambar yang dikongsi oleh Oleg Modcal, ramai orang yang mendakwa mereka melihat Park Seo Joon berada di lapangan terbang bersama dengan seorang wanita. Namun, wanita tersebut cuba menyembunyikan diri sewaktu ditangkap oleh kamera.

Lebih lagi, ketika berada di London, ada juga netizen yang mendakwa bahawa Park Seo Joon, xooos, dan beberapa orang individu lain dilihat sedang membeli belah bersama. Terdapat juga dakwaan yang menyatakan bahawa pelakon tersebut mengenakan kasut yang sama dengan xooos ketika sedang makan malam.

46be5959 b89c 4e02 9c56 0cb5118cec503. xooos sudah mengenali kawan-kawan Park Seo Joon

Selama ini, Park Seo Joon dikenali sebagai seorang selebriti yang bersikap tertutup tentang kehidupan peribadinya. Lingkungan sahabat yang dikongsi kepada khalayak ramai hanyalah Wooga Squad yang terdiri daripada dirinya sendiri, V BTS, Choi Woo Sik, Park Hyung Sik, dan Peakboy. Dia juga didakwa berkawan baik dengan artis top Korea, seperti Jung Ho Yeon dan juga Jennie BLACKPINK.

Netizen juga mendapati bahawa ternyata xooos juga bersahabat dengan kawan-kawan Park Seo Joon. Dia mengenali Jung Ho Yeon dan Jennie BLACKPINK. xooos menjadi salah seorang tetamu undangan untuk perasmian pop-up store Jennie for Calvin Klein di Korea pada bulan Mei lalu. Perkara ini semakin menguatkan andaian netizen tentang hubungan xooos dan Park Seo Joon.

7a5ef0f5 f849 468e aba4 8a91e5caaeb34. Andaian netizen mengenai hubungan mereka

xooos mengikuti akaun Instagram adik Park Seo Joon, mereka berdua saling mengikuti di laman IG, dan kerap memberikan like terhadap setiap hantaran. Namun, adik Park Seo Joon telah mengubah tetapan dan membuat akaun Instagramnya sebagai ‘private’ sekarang.

xooos pernah berkongsi gambar dua pasang kaki dengan latar belakang pokok. Ramai yang beranggapan itu adalah kakinya dan kaki seorang lelaki. Namun, hantaran tersebut kini sudah dipadam. Xooos pernah berkongsi gambarnya di depan bangunan yang disyaki milik Park Seo Joon dengan caption, “Love this place”.

Hingga waktu ini, hubungan kedua-duanya masih dirahsiakan dan belum jelas adakah mereka benar-benar bercinta atau hanya berkawan baik sahaja. Tambahan pula, bukti-bukti yang tersenarai di atas dianggap masih kurang meyakinkan.

Baca juga: 7 Sebab Park Seo Joon Adalah Teman Lelaki Pujaan

Baca lagi: 12 Pelakon Lelaki Korea Paling Laris 2023